Nasi Goreng Daging

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Nasi Goreng Daging




Bahan bahan:
  • 4 mangkuk nasi putih
  • Minyak untuk menumis
  • 100g daging dihiris nipis
  • Semangkuk kecil sayur campur 
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi
  • 2 sudu kicap masin
  • 2 sudu kicap manis
  • Garam dan lada sulah
  • Saleri - untuk hiasan
 Bahan A:
  • 10 biji bawang merah ditumbuk
  • 2 cili merah ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih (separuh dihiris dan separuh ditumbuk)

Cara cara memasak Nasi Goreng Daging:
  1. Nasi digaul bersama dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Goreng bawang hiris hingga keemasan. Toskan dan ketepikan.
  3. Tumis  bahan A hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan sayur campur
  5. Masukkan nasi, gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng, hirisan dan saleri.
, , , , ,