5 minuman bantu kurangkan berat badan

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

5 minuman bantu kurangkan berat badan

Ramai yang tidak tahu, minuman yang kita minum merupakan satu elemen yang dapt membantu menurunkan berat badan. Minuman yang biasanya dicampur dengan kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang kepada penurunan berat badan. Antaranya ialah minuman ringan, jus buah-buahan atau minuman tenaga. Berikut 5 jenis minuman  yang dapat membantu mengurangkan berat badan:

1. Air putih

Air putih merupan salah satu pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Air ini sepatutnya diminum sebanyak 8 gelas sehari bagi yang melakukan kerja normal. Bagi mereka yang banyak mengeluarkan peluh, minuman ini harus ditambah lagi untuk menggantikan air yang hilang dari badan. Secara semulajadi air ini mengekalkan keperluan badan kita.

2. Jus sayur-sayuran

Jus sayur-sayuran akan membantu mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan tubuh sebagai bahan bakar untuk  mengurangkan berat badan. Jus sayur-sayuran juga mampu membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama. 

3. Teh kurang manis
Teh mampu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan proses penurunan berat badan. Biasanya teh hijau kurang manis diambil sebagai proses diet. Hanya sedikit gula dibancuh bersama teh.

4. Kopi
 

Kandungan kafein dalam kopi akan dapat membantu menahan rasa lapar. Kopi juga mampu memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Dengan ini pembakaran lemak akan lebih cepat. Untuk kesan yang lebih baik, pastikan kandungan pemanis iaitu gula @ susu pada kuantiti yang minima.

5. Susu rendah lemak

Susu adalah sumber protein yang sangat baik dan dapat membantu menurunkan berat badan. Tetapi pastikan susu yang di pilih adalah susu rendah lemak.  Ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat.