Resepi Cheff: Resepi Ayam Masak Merah
Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Ainee Hayaty Buah Hati Abah Alyaa Maisarah Alesya Adawiyah

Carian Resepi

Showing posts with label Resepi Ayam Masak Merah. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ayam Masak Merah. Show all posts

Resepi Ayam Masak Merah Utara

AYAM MASAK MERAH UTARA
Resepi Ayam Masak Merah Utara



Bahan-bahan


  • 1ekor ayam (dibersihkan)
  • 3 biji bawang besar  (dikisar)
  • 5 batang serai (dikisar)
  • 2 ½ inci lengkuas (dikisar)
  • 4 inci halia( dikisar)
  • 1 ½ cili kering (dikisar)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 mangkuk minyak (menggoreng & menumis)
  • ½ sudu besar garam
  • ½ sudu besar kunyit
  • 1 sudu kecil gula
  • ½ perasa
  • 1½ santan pekat.


Cara-cara membuat Ayam Masak Merah 


  1. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah di lumur garam dan kunyit tadi ke dalam kuali goreng sehingga separa masak, kemudian angkat dan toskan...
  3. Masukan kulit kayu manis, buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang serta masukan bahan yg telah di kisar, masukkan juga garam, gula dan perasa, tunggu sehingga pecah minyak...
  4. Masukan ayam gaulkan sehingga sebati dan akhir sekali masukkan santan.
  5. Tunggu sehingga masak selama 15 minit. Siap untuk dihidangkan.





SELAMAT MENCUBA…..


-scha

Ayam Masak Merah Simple dan Lazat

ayam masak merah
 AYAM MASAK MERAH

Bahan bahan:

  • 1 ekor ayam – ( digoreng separuh masak )
  • 60 ml santan
  • 250 ml air
  • 3 biji tomato
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis
  • Kacang peas

Bahan bahan untuk dikisar:
  • 4 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15 tangkai cili kering - rebus sebentar

Bahan bahan hirisan:
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia

Cara-cara memasak Ayam Masak Merah :

  1. Panaskan minyak  dan tumis bahan hirisan sehingga layu. Kemudian masukkan bahan kisaran dan gaul rata. Kemudian masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. 
  2. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Apabila minyak sudah pecah, masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak. Tidak perlu digoreng terlalu garing kerana ayam akan menjadi liat dan keras. 
  4. Kacau rata dan biarkan untuk seketika. Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan santan untuk memekatkan kuah.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan juga buah tomato. Masak sehingga pecah minyak dan boleh tambahkan sedikit gula jika mahu. Tunggu sebentar sehingga masak sepenuhnya.
  6. Ayam masak merah Siap untuk dihidang.

Ayam masak Merah + Madu


Ayam masak Merah + Madu
Bahan-bahan:
  • 500g ayam
  • minyak masak
  • 2 sudu cili sos
  • 3 sudu madu
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 biji cili merah dihiris serong
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • Garam secukup rasa
  • Air 
Bahan Kisar halus:
  • 5 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • sedikit halia
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara penyediaan 
Ayam masak Merah + Madu:
  1. Gaul ayam bersama kunyit dan garam. Perap seketika. Kemudian goreng separuh masak. Ketepikan
  2. Tumis bahan kisar hingga naik minyak. Masukkan sos cili, madu dan sedikit air. Tunggu sehingga mendidih.
  3. Masukkan ayam goreng tadi, serbuk lada hitam,bawang dan cili. Gaul bagi rata.
  4. Pekat mana nak tu, ikut selera lah. Kalau perlu tambah sedikit air. Siap.

Ayam Masak Merah Citarasa Terengganu

Bahan bahan :

  • 1/2ekor ayam dipotong 12
  • 1 labu bawang besar dimayam
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula  secukup rasa
Bahan dikisar
  • 5 tangkai cili kering
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara cara memasak Ayam masak merah:

  1. Campurkan bahan dikisar bersama ayam dan air asam jawa di dalam kuali. Biarkan selama 5 minit. Kemudian panaskan dan tutup kuali. Kacau sekali sekala.
  2. Apabila dah hampir masak, masukkan garam dan bawang besar. Tambah air jika perlu. Ikut nak banyak mana kuah dia tu.Kacau rata.
  3. Biarkan seketika. Kemudian bolehlah ditutup api tu.

Ayam Masak Merah Berempah Mudah dan Sedap

Ayam Masak Merah Berempah
ayam masak merah 

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 1 1/2 inci kunyit hidup 
  • 2 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 sudu sos cili
  • 5 sudu sos tomato
  • minyak masak
  • garam dan gula
Bahan kisar
  •  1 labu bawang besar 
  • 15 batang cili kering
  •  5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Cara-cara menyediakan ayam masak merah berempah :

  1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian tumbuk  kunyit hidup dan seulas bawang putih beserta garam secukup rasa. Perapkan ayam seketika dengan kunyit yg ditumbuk tadi. Kemudian goreng. Ketepikan dulu ayam yang dah siap digoreng.
  2. Tumis kesemua bahan yang dikisar sehingga naik bau. Gunakan minyak menggoreng ayam tadi untuk menumis.
  3. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
  4. Masukkan pula sos cili dan sos tomato beserta garam dan gula secukup rasa.
  5. Apabila kuah tu dah masak, masukkan ayam goreng tadi dan kacau hingga rata.
  6.  Dah siap resepi ayam masak merah berempah.

Ayam Masak Merah Satu Kampung

Resepi orang utara

Ayam Masak Merah


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 1 inci kulit kayu manis
  • I/2 cawan sos cili
  • Kunyit
  • Garam dan gula merah/kasar secukup rasa


Bahan dikisar:
  • 3 biji bawang merah
  • 2 labu bawang besar
  •  15 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia


Cara - cara membuat Ayam Masak Merah :

  1. Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, biarkan seketika. Kemudian goreng separuh masak
  2. Tumis bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis sehingga naik minyak. Masukkan sos cili
  3. Air boleh ditambah mengikut citarasa. Tengoklah nak pekat setakat mane.
  4.  Masukkan garam dan gula. Kalau masukkan gula merah, ia akan memberi rasa yang sedikit berbeza berbanding dengan gula putih.
  5. Bila sudah  mendidih, masukkan ayam yang digoreng tadi dan masak hingga ayam  masak sepenuhnya.
  6. Siap untuk dijamu.