Resepi Cheff: Char Kuey Teow

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Showing posts with label Char Kuey Teow. Show all posts
Showing posts with label Char Kuey Teow. Show all posts

Char Kuey Teow

Char Kuey Teow
Char Kuey Teow

BAHAN-BAHAN
  • 120gm kuey teow
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 ekor udang
  • 2 sb cili kisar
  • sejemput tauge dan kuchai
  • 10 ekor isi kerang
  • 60ml kicap CKT
  • 1 biji telur ayam

Cara memasak Char Kuey Teow :


  1. Masukkan minyak dengan udang dalam kuali 
  2. Masak udang ni dengan api yang kuat. Kemudian bila udang agak masak, masukkan cili kisar.
  3. Masak cili tu sekejap kemudian perlahankan api, masukan k.teow, tauge, kuchai dan kerang. Gaul sebati (kuatkan semula api)
  4. Masukkan kicap  dan juga telur ayam. Kuatkan api tunggu sehingga telur tu separuh masak.
  5. Tutup api kemudian gaulkan bahan2 tu sekejap 
  6. Angkat sebelum kicap tu kering.
  7. Sedia untuk hidangan  Char Kuey Teow.

Char Kuey Teow Penang

Char Kuey Teow Penang
 Char Kuey Teow
Bahan - bahan: 


  •  500g kueyteow - Jenis kecil2 (Penang style)
  • 2 sudu bahan tumisan - bawang merah dan bawang putih yang dikisar
  • 1 sudu cili boh
  • 4 sudu sos char kueyteow
  • 300g udang
  • 200g kerang
  • 150g taugeh
  • 100g kucai
  • 1 keping kek ikan
  • 3 biji telur
  • Air -  nak lebih enak gunakan air udang
  • Garam secukup rasa
** Air stok udang ni boleh dibuat dengan cara rebuskan kulit dan kepala udang hingga mendidih. Nanti masa nak guna nanti ambil airnya sahaja.

Cara - cara memasak  Char Kuey Teow :

  1. Tumis bahan tumisan hingga bau wangi.
  2. Masukkan cili boh & tumis hingga pecah minyak.Masukkan sos char kueyteow  dan kacau.
  3. Masukkan udang & kerang. Gaul sehingga rata.
  4. Masukkan kueyteow, kucai, taugeh dan gaul. Pecahkan telur bila kueyteow agak2 nak masak.
  5. Tambahkan sedikit air stok udang jika ada. Jika tidak masukkan air biasa untuk dapatkan kuahnya & perasakan dengan garam. Gaul & terus angkat.
  6. Hidangkan terus agar kueyteow tidak kembang & untuk rasa yang lebih nikmat.