Resepi Cheff: Apam

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Apam Bercorak

Apam Bercorak

(Gambar asal-cheff (Qamira)

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur dari peti sejuk
  • 275 gram tepung gandum
  • 220 gram gula halus
  • 150 ml susu segar @ susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Filling blueberry, coklat, strawberi atau apa-apa sahaja mengikut cita rasa anda
  • Pewarna

Cara-cara membuatnya:

1. Pukul telur, gula dan ovalette dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
2. Masukkan bahan-bahan lain seperti susu, tepung gandum, baking powder dan esen vanilla. Pukul lagi adunan sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut pilihan anda.
4. Masukkan setiap adunan bewarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (separuh sahaja).
6. Kemudian letakkan filling secukupnya.
7. Picitkan lagi adunan yang sama warna atau berbeza warna sehingga mangkuk kertas hampir penuh.
8. Akhir sekali, bolehlah corakkan mengikut citarasa anda dengan adunan yang pelbagai warna.
9. Kukus selama 10-15 minit sehingga masak.

-Qamira

Apam Senyum

Apam Senyum

(Gambar asal-cheff (Qamira)


Bahan-bahan (untuk 30 biji apam):

  • 3 biji telur
  • 1 ¼ cawan gula
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 cawan air aiskrim soda
  • 3 cawan tepung gandum
  • Sedikit pewarna mengikut citarasa sendiri

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul telur, gula dan ovalette sehingga kembang atau gebu.
2. Masukkan aiskrim soda dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul rata.
4. Letakkan pewarna mengikut citarasa anda sendiri.
5. Masukkan ke dalam papercup atau acuan apam dan kukus dalam 10-15 minit.

-Qamira

Apam Pulau Pinang


Apam Pulau Pinang

(Gambar asal-cheff Qamira)

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • 2 gelas tepung Hongkong
  • 1 ½ gelas gula
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 paket serbuk santan
  • ½ gelas air
  • ½ gelas minyak masak atau minyak jagung Mazola
  • Pewarna hijau secukupnya

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan tepung Hongkong dan air. Pukul lagi sehingga adunan sebati.
3. Seterusnya, masukkan tepung santan, minyak masak atau minyak jagung Mazola dan overlette.
4. Pukul adunan sehingga betul-betul sebati dan akhir sekali masukkan pewarna hijau secukupnya.
5. Kukus adunan dalam loyang pengukus sehingga masak.

- Qamira

Resepi Apam Susu Belang



Bahan - Bahan

  • 4 bj telur 
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu bsar ovalate
  • 1 cwn gula pasir
  • 4 sudu bsr susu pekat
  • 2 cwn tpung gandum
  • pewarna

Cara membuat Resepi Apam Susu Belang :

  1. Blend telur bersama esen vanila, ovalate, gula dan susu pekat smpai halus n kembang..
  2. Masukn tepung dan gaul sebati..
  3. Bahagi adunan  kpd beberapa bahagian dan warnakan..
  4. loyang tu, leset dengan majerin ckit..masuk adunan dlm loyang selang seli dan kukus dlm 45 minit..

Resepi Apam Beras


Resepi Apam Beras

Bahan A:
  • 1 cwn nasinsejuk
  • 1/2 cwn gula
  • 1 1/4 cwn air
  • Semua ni diblend hingga halus.
Bahan B:
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu creasent yeast
  • Pewarna
Cara cara membuat Apam Beras:
  1.  Blend bahan A hingga halus. Campurkan bahan A dan B. Masukkan sedikit pewarna.
  2. Perap selama 2 jam.
  3.  Selamat mencuba.

Apam pisang

Apam pisang


Bahan bahan:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 gula
  • 10 biji pisang
  • 3 biji telor
  • 2 sd kecil soda bikabornat

Cara cara :

  1. Blend semua bahan.
  2. Panaskan pengukus, sapu acuan dengan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan 3/4 penuh bekas acuan. 
  4. Kukus selama 15minit.

Apam Mekar

Apam Mekar

Bahan bahan:
  • 500g tepung
  • 1 tin ais krim soda
  • 500g gula
  • 1 sudu ovallette
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 6 biji telur 
Cara cara:
  1. Kacau gula, ovallette, telur dan esen sampai putih gebu.
  2. Masukkan aiskrim soda dan tepung. Kacau sebati dan kemudian bole dikukus.
  3. Selamat mencuba!

Apam pisang kukus

Apam pisang kukus

Bahan bahan:
  • 2cwn tpg gndum
  • 3/4 cwn gula
  • 3/4 cwn minyak
  • 1 sudu teh baking
  • 1 sudu teh soda
  • 10 bji pisang mas
  • 4bji telor
  • Secubit garam.
Cara cara:
  1. Tepung diayak bersama baking dn soda
  2. Pukul telur,gula da nminyak sampai kembang. Masukkn pisang dan tepung, gaul sebati. 
  3. Kukus 45 minit. good luck ...cuba ye..

Kuih Apam

Sarapan pagi dengan kuih apam

Bahan-bahan :

  • 1/2 Kg tepung gandum
  • 2 gengam gula merah
  • 2 gengam gula pasir
  • Secubit garam
  • 1 mangkuk air
  • 1/2 peket mauripan.

Cara-cara :

  1. Masukkan tepung dalam mangkuk, masukkn gula merah, gula pasir, sedikt garam, dan mauripan. Gaul rata.
  2. Masukkan air sikit- sikit, jangan cair sangat ye..Biar pekat sikit.
  3. kemudian, tepuk adunan sampai kembang. 
  4. Masukkan dalam loyang, bila dah naik, terus kukus selama 30 minit.

Apam kampung

Apam kampung

Bahan-bahan :
  • 200g tepung gandum
  • 50g tepung beras
  • 1 1/4cawan air
  • 1 sudu makan yis (mauripan)
  • 75g gula perang
  • kelapa parut + garam
Cara Membuat Apam kampung :
  1. Campur kan semua bahan kecuali kelapa dan garam kacau supaya tidak berketul, sapu minyak pada loyang 
  2. Tuang  adunan tadi dan  perap selama 1jam 
  3. Kukus selama 40minit api sederhana
  4. Gaul kelapa dan garam. Tabur di atas apam setelah apam masak......slmt mencuba...

Apam Coklat

Apam Coklat

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat 
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • 1bj telur
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 atau 2 sudu besar serbuk koko

 Cara-cara membuat Apam Coklat:

  1. Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
  2. Campur semua bahan menggunakan mixer.
  3. Masukkan dalam acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.

Apam Gula Hangus

Apam Gula Hangus
Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 2 biji telur 
  • 2 sudu susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu mentega
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.

Cara cara membuat Apam Gula Hangus:
  1. Masak gula sehingga cair, kemudian masukkan sedikit air dan sejukkan.
  2. Masukkan telur,susu,minyak dan mentega dalam bekas dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan gula yang dicairkan tadi bersama soda bikarbonat. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan pula tepung gandum dan kacau lagi sehingga sebati.
  5. Tuang adunan di dalam loyang yang telah disapu minyak.Kukus adunan  selama 45 minit.
  6. Boleh ditambah tepung jika adunan sedikit cair.
  7. Selamat mencuba...