Ayam Sweet Sour

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Ayam Sweet Sour

Hye Assalamualaikum

Apa khabar semua? Mesti semua dalam mood cuti dan malas nak pergi kerja kan? Yelah cuti panjang sebab krismas kan. Untung betul jadi rakyat Malaysia kan. Kenapa untung? Yelah...dalam setahun banyak betul cuti. Mana tidaknya...kalau melayu raya, semua cuti...kalau cina raya, semua cuti...kalau india raya, semua cuti dan krismes pon semua dapat cuti taw. Dan yang paling best...kalau Malaysia menang sesuatu, rakyat boleh minta cuti dekat perdana menteri. Itu yang paling bagus tentang Malaysia ni. Apa pun...cuti yang banyak ni dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia sebab semua perayaan disambut bersama. Itu yang menjadikan Malaysia ini istimewa. Walaupun berbilang kaum dan bangsa...tetapi masih mampu hidup bersama dan saling hormat menghormati.

Pada pandangan saya pula, cuti ini salah satu faktor yang dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan keluarga. Kenapa saya cakap begitu? Sebab...apabila cuti, para ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak anak mereka. Anak anak pula akan berasa seronok kerana dapat bermain...bergurau senda dan berjalan jalan bersama ibu bapa masing masing. Tak lupa juga...bagi yang bujang dan anak dara tu, waktu cuti ini lah mereka akan ambil peluang untuk ber"dating". Jadi, bagi mereka  yang sangat komited dengan kerja itu...jangan jadikan cuti sebagai medan untuk membalas segala hutang hutang tidur itu. Ambil lah peluang ini untuk meluangkan masa bersama orang tersayang.

Dan semestinya bagi para ibu, waktu cuti pastinya dapur anda akan berasap kan. Yelah nama pon cuti, mestilah ada aktiviti memasak untuk keluarga. Waktu ini lah suami akan minta anda masakkan lauk kegemaran diorang kan. Anak anak pon akan memintak lauk kegemaran masing masing. Mungkin hari biasa kita sebagai ibu yang bekerjaya tidak sempat untuk menyediakan makanan kepada anak anak dan suami. Jadi waktu cuti sajalah kita dapat masakkan untuk mereka. Air tangan isteri dan ibu dapat membawa kabahagiaan kepada suami dan anak anak taw. Jadi kepada wanita diluar saya saya nasihatkan...jangan lah malas untuk memasak apabila tiba waktu cuti.

Dan tidak ketinggalan cuti krismes yang lalu saya sempat memasak beberapa lauk kegemaran suami dan anak anak. Tidak tergambar kekegembiraan apabila melihat mereka khusyuk makan masakkan kita. Siap tambah beberapa kali lagi. Saya akan kongsikan salah satu lauk yang kegemaran keluarga saya iaitu...ayam sweet sour. Lauk ini kalau dimakan bersama nasi putih pun sudah cukup lengkap. Tetapi kalau nak tambah lauk lain pon boleh juga. Kepada mereka yang masih bujang itu...lauk ini sangat menjimatkan untuk anda. Selamat mencuba.

Ayam Sweet Sour
Ayam Sweet Sour

Bahan-bahan:


  • 2 sudu minyak
  • Dada ayam tanpa tulang
  • 4 sudu tepung jagung, dicampur dengan 4 sudu air, satu sudu tepung penaik dan 1/2 sudu minyak masak
  • Telur
  • Lada hitam
  • Tepung gandum
  • 1/2 cawan tomato paste
  • 1/2 cawan jem raspberry
  • 3 sudu besar gula perang
  • Sesudu cuka
  • 1 / 4 cawan stock ayam
  • 1 / 2 cawan cili holland hijau
  • 1/ 2 cawan cili holland merah
  • 1/ 2 cawan cili holland kuning
  • 1/ 2 cawan bawang holland
  • 1/2 cawan nenas atau 1/2 cawan nenas dalam tin, bersama 1/2 cawan air jus

Cara cara memasak :

1. Hiris dada ayam supaya menjadi kecil, kemudian gaul bersama garam dan lada hitam
2.  Panaskan minyak ke dalam kuali.
3. Celupkan ayam kedalam telur dan tepung gandum kemudian goreng sehingga keperangan. Goreng kesemua ayam dan ketepikan.
4. Masukkan sedikit minyak kedalam kuali, kemudian  masukkan paste tomato, jem, gula perang, cuka, garam dan stock ayam, kacau hingga mendidih dan sedikit pekat.
5. Masukkan kesemua cili, nenas dan bawang dan masak selama 1 minit.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan air kepekatan dan kacau hingga mendidih lagi.
7. Masukkan ayam dan gaul sehingga rata..SIAP!
, ,