Resipi telur bungkus

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Resipi telur bungkus

Hye Assalamualaikum

Kalau yang lepas kita dah belajar tentang telur bistik, kali  ni kita sambung lagi episod telur kita ye. Sekurang kurangnya ibu ibu makcik makcik kakak kakak isteri isteri yang saya kasihi dapat menambah senarai menu anda kan. Lepas tu tampal depan peti sejuk. Betol tak? Make sure dalam peti sejuk ada stok telur ya. Tak payah beli yang mahal pon tak pe. Beli yang biasa jual kat pasar pasar tani tu dah okay. Selalu apek cina yang jual. Harganya pon lebih murah daripada kedai kedai runcit.
Eh cakap pasal telur, korang tahu tak selain telur ayam, telur itik juga ada digunakan dalam masakan. Tapi selalunya telur itik ni orang jadikan telur masin. Alah....kalau pergi kedai tengok telur yang warna dia hitam tu....telur masin la tu. Tapi selain telur masin ada satu lagi hidangan yang agak sinonim dengan telur itik ni. Pernah dengar lauk masa lemak cili padi telur itik? Saya selalu jugak dengar tapi jarang jarang makan. Susah nak jumpa. Orang kata sedap tapi pedas sikit sebab hidangan tu menggunakan cili padi. Dan buat masa ni, belum pernah cuba memasak hidangan ni lagi. Mungkin next time kita boleh cuba sama sama.
Untuk hari ni bukan masak lemak telur itik ye. Hari ini kita akan memasak telur bungkus. Haritu kan kita dah belajar resipi telur bistik, rugi pulak kalau kita tak belajar resipi telur bungkus. Bahan bahan dan cara nak membuatnya lebih kurang sama je. Kalau bahan bahan dan cara pembuatannya dah hampir sama...apa yang beza? Mesti semua nak tahu kan. Jawapannya senang sahaja. Telur bistik, segala isi dan intinya ditaburkan di atas telur manakala telur bungkus pula, segala isi dan intinya dibungkus elok di dalam telur. So...itu lah perbezaannya. Lepas ni kalau anak anak atau husband tanya dah boleh jawab dengan yakin ye.
Sebelum kita teruskan dengan resipi kita, saya nak bagitahu yang resipi ini antara resipi mudah dan ringkas sama seperti resipi telur bistik. Jadi kepada para isteri, tak perlu lah risau anak anak dan suami jemu dengan masakan anda yang sama je setiap hari. Sebab ada banyak sebenarnya resipi yang mudah dan ringkas untuk dimasak. Saya akan kongsikan lagi beberapa hidangan ringkas dan mudah untuk anda semua pada entry akan datang. Jadi terus lah menyokong blog saya ye. Jangan lupa sebar sebarkan blog saya ni kepada kawan kawan dan sedara mara ye.
Bebel pon dah panjang...air liur pon dah kering jom kita teruskan dengan resipi telur bungkus kita.

Resipi telur bungkus
Resipi telur bungkus

Bahan-Bahan

  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 genggam lebih ayam - potong dadu
  • 1 besar kicap manis
  • 1 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 abu bawang besar - potong dadu kecil
  • sedikit lada sulah dan garam
  • sedikit mix veggie


Cara Buat Inti Telur

1. perasakan ayam dengan sedikit lada sulah dan garam kemudian ketepikan.

2. panaskan sedikit minyak dalam kuali kemudian masukan bawang besar dan bawang putih dan biarkan sekejap hingga layu dan naik bau. selepas itu masukan ayam yang sudah diperasakan dengan lada sulah dan garam tadi. biarkan masak sekata.

3. masukan mix veggie dan biarkan sekejap. kemudian masuka semua sos dan kacau rata. bila inti terlalu kering boleh tambahkan air secukupnya. bila inti sudah masak ketepikan.

Cara Memasak Telur Bungkus Ayam

1. pukul telur dengan sedikit garam kemudian panaskan minyak dalam kuali dan masukan telur tadi. gunakan api kecil ketika memasak telur.

2. supaya telur menjadi bulatan besar dan tipis pusing-pusingkan kuali hingga semua telur tadi rata. bila telur sudah masak angkat dan letakan didalam pinggan besar.

3. letakan inti diatas telur tadi kemudian lipatkan telur. ambil satu pinggan lagi dan dekapkan telur tadi

4. akhir sekali, sekarang letakan hiasan diatas telur sesuai selera anda dan telur bungkus ayam sedap siap untuk dihidangkan.
,