Udang Celup Tepung

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Udang Celup Tepung




Udang Celup Tepung


Bahan bancuhan tepung:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu serbuk cili kasar
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 3 sudu serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam

Cara cara:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan gaul sebati.
  2. Ketepikan.

Bahan bancuhan udang:

  • 300g udang 
  • 2 biji telur dikocok 
  • bancuhan tepung secukupnya
  • minyak 

Cara cara:
  1. Bersihkan udang. Toskan.
  2. Gaul rata udang bersama dgn telur.
  3. Gaulkan udang satu persatu ke dalam bancuhan tepung hingga rata.
  4. Goreng ke dalam minyak panas hingga kekuningan.
  5. Angkat dan toskan minyak.