Kerabu Kobis

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Kerabu Kobis


Kerabu Kobis



Bahan-bahan:


Bahan A
  • 1 biji kobis manis [500 gram]
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1 pokok daun bawang


Bahan B
  • 10 biji limau kasturi [diambil jus]
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukup rasa

Cara-cara menyediakan Kerabu Kobis:

  1. Semua bahan A dihiris halus dan basuh. Tapiskan sehingga kering.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan bahan B ke dalam mangkuk kecil dan gaul sebati.
  4. Tuangkan ke dalam mangkuk berisi sayur dan gaul rata.
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
, ,