Kerabu Ayam

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Kerabu Ayam


Kerabu Ayam



Bahan-bahan:

  • 2 keping dada ayam [bakar]
  • 1 batang timun 
  • 3 biji tomato buah [hiriskan]
  • 5 tangkai cili merah 
  • 1 labu bawang besar 
  • 1 pokok daun ketumbar [racik kasar]
  • 10 biji tomato ceri
  • 5 biji limau kasturi [ambilkan jusnya]
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara membuat  Kerabu Ayam:

  1. Ayam dicarik-carikan dan masukkan dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan bahan hiris dan semua bahan lain.
  3. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
  4. Hidangkan.
, ,