Kepah Masak Lemak

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Kepah Masak Lemak





KEPAH MASAK LEMAK



Bahan-bahan

1 kilo kepah (dibersihkan)
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji cili merah/ cili padi (ditumbuk)
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai (diketuk)
1 cawan santan pekat
½ sudu besar garam, gula & perasa
1 asam keping
½ cawan air


Cara-cara membuatnya

1- Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk, masukkan kepah, serai, serbuk kunyit, asam keping, garam, gula dan perasa, biarkan ia  mendidih dan kering sedikit.
2- Kemudian, baru masukkan santan dan juga air sedikit..masak selama 10 minit. Siap dihidangkan

Selamat mencuba.

(scha)
,