Kek Pelangi Rehan

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Kek Pelangi Rehan


Bahan-bahan : 
  • 1 ½ cawan mentega
  • 1 ½ cawan gula halus
  • 8 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 2 sudu kecil esen vanilla
Cara Membuatnya : 
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanilla.
  3. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
  4. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik. Kacau hingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut citarasa sendiri.
  6. Sapukan permukaan loyang dengan mentega terlebih dahulu.
  7. Bakar hingga masak.