Ayam Bakar

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Ayam Bakar

Ayam Bakar
Ayam Bakar


Bahan-bahan :


  • 1 ekor ayam - bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil
Bahan - bahan untuk perapan ayam
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 sudu sos lada hitam
  • 1 sudu lada hitam tumbuk
  • 2 sudu madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu gula perang
  • 2 sudu herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan perapan

Cara-cara penyediaan Ayam Bakar:

  1. Campur kesemua bahan perapan dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. Perap selama 2 jam.
  3. Sapu sedikit minyak keseluruhan ayam kemudian bakar.
  4. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
  5. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
, , ,