Daging Goreng Berlada

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Daging Goreng Berlada


Bahan-bahan:
  • 500g daging
  • serbuk kunyi  
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 inci halia  diketuk
  • air asam jawa
  • garam dan sedikit gula

Bahan dikisar@tumbuk kasar
  • 5 tangkai cabai basah
  • 3 tangkai cili api merah
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih


Cara-cara memasak Daging Goreng Berlada:
  1. Daging direbus hingga empuk kemudian hiris nipis2.
  2. Gaul daging bersama kunyit dan sedikit garam. Biarkan seketika kemudian bolehlah digoreng. Apabila masak, toskan. Ketepikan.
  3. Tumis bahan dikisar dan halia menggunakan minyak menggoreng tadi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa,kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  5. Dah elok rasa tu...bolehlah dimasukkan daging goreng tadi..kacau bagi mesra. Masukkan bawang besar dan gaul rata. Matikan api. Siap
  6. Untuk hiasan boleh disusun daun sup disekeliling pinggan dan ditabur daun bawang yang dipotong kecil diatasnya.


, , , , , , ,