Resepi Biskut Almond London Rangup*

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Resepi Biskut Almond London Rangup*


Bahan-bahan:
  • 250gm mentega
  • 100gm gula kaster 
  • 50gm nestum - dikisar halus
  • 100gm tepung jagung
  • 200gm tepung gandum
  • Kacang badam secukupnya - digoreng
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Almond nib secukupnya sbg hiasan. 
  • Coklat masakan
  • Papercup 

Cara-cara membuat Biskut Almond London:

  1. Kacau mentega dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan nestum dan kacau sekadar adunan sebati
  3. Masukkan tepung jagung serta esen vanila dan gaul lagi hingga sebati
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut
  5. Biarkan dalam 20 minit dengan ditudung kain yang lembap
  6. Ambil sedikit doh dan isi badam dan bentukkan supaya menjadi bujur
  7. Bakar pada suhu 170 selama 20 - 25 minit

Untuk salutan coklat:
  1. Cairkan coklat masakan dan masukkan kedalam mangkuk. 
  2. Celupkan biskut ke dalam coklat masakkan kemudian letak di dalam papercup. 
  3. Tabur almond nib diatasnya untuk hiasan.
  4. Biarkan sehingga coklat beku sebelum disimpan dalam tabing.
, ,