Resepi Cheff: sotong

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

Sotong Kukus Limau

Hye Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita untuk resipi seterusnya. Korang dah cuba belum semua resipi yang saya bagi? Menjadi ke tidak? Jangan lupa cuba ye. Ilmu yang ada ni kalau tak di praktikkan...nanti mudah lupa taw. Lagi pon senang senang je kan resipi nya. Saya pon jarang nak memasak hidangan yang susah susah tu. Bukannya apa...masa tak banyak sangat nk siapkan hidangan yang susah susah tu kalau waktu hari bekerja ni. Lain lah kalau hujung minggu, masa banyak. Pagi boleh pergi pasar dulu cari bahan bahan segar...balik boleh terus memasak. Kadang kadang kalau hujung minggu ni...pukul 11 dah turun ke dapur. Kenyang masa sarapan pagi tadi pon tak hilang lagi tapi dah mula masak untuk tengah hari.

Hari ni saya nak kongsi resipi masakan thai lah. Kalau cakap masakan thai je...mesti semua orang dah terbayang tom yam kan. Tapi hari ni kita bukan nak masak tom yam. Yang itu mungkin lain kali. Rasanya ramai je penduduk Malaysia ni sukakan masakan thai. Kalau keluar makan...tengok kedai thailand penuh je orang datang. Meja pon sampai tak cukup. Tak kisah lah kedai yang mahal sikit ke atau kedai makan biasa mesti ramai orang punya. Antara kedai masakan thai yang saya suka pergi dan memang sedap ialah Absolute Thai dan Sukhumvit. Haa...dua dua ni memang popular saya rasa dan memang sedap. Kalau ada bajet lebih hujung bulan tu boleh la cuba.

Berbalik kepada resipi kita, hari ni saya akan kongsikan masakan berasaskan makanan laut. Makanan laut ni apa ye? Makanan laut ni ialah ikan...udang..sotong..kerang..kepah dan macam macam lagi yang hidupnya di dalam air. Tapi yang memang biasa dan mudah didapati ialah ikan. Tapi untuk hari ini resipi kita memerlukan sotong. Sotong ni antara makanan laut yang paling sedap. Lagi lagi kalau sotong itu masih fresh. Susah juga untuk dapat yang masih fresh. 

Kalau ada yang sanggup menunggu pagi pagi di pasar borong boleh lah dapat yang fresh. Tak pun pergi terus ke jeti jeti di mana para nelayan naik kan hasil tangkapan mereka. Kalau ada kelapangan kadang kadang saya pergi juga ke kuala selangor untuk mendapatkan ikan, udang dan sotong yang segar. Tapi kalau dah tak de masa sangat pergi je giant atau tesco, boleh juga dapat semua tu. Cuma ikut rezeki masing masing la. Kadang kadang ada yang di jual segar, kadang kadang ada yang dah tak berapa segar.

Okay cukup dengan segala bebelan saya kita akan teruskan dengan resipi saya. Nama resipi saya hari ini ialah sotong kukus limau ala thai. Sedap dimakan masa tengah panas bersama nasi.

Sotong Kukus Limau
Sotong Kukus Limau

Bahan-bahan
  • sotong
  • Cili merah, hijau
  • sos ikan
  • limau nipis
  • daun ketumbar (akar sekali)
  • gula
  • bawang putih
  • daun pudina
  • lengkuas
  • serai


Cara masakan

1. Cuci sotong bersih-bersih
2. Hiris hiris badan sotong tapi jangan sampai terbelah.
3. Susun sotong dalam bekas untuk kukus kemudian letak lengkuas, serai (potong), akar ketumbar dan sedikit bawang putih. Letakkan atas sotong
4. Kukus dan buka api paling kuat, dah masak buang air sotong.

Sos
Masuk 1 sudu besar gula, 3 sudu besar air limau, 2 1/2 sos ikan, satu ulas bawang putih dan cili padi potong. Kacau sehingga hancur.

Sos dah siap tuang atas sotong yang kita kukus tadi, angkat dan taburkan daun ketumbar dan daun pudina hias dengan potong sedikit limau nipis2 letak atas. Siap untuk dihidang.

Sotong Masak Hitam

Sotong Masak Hitam

 Bahan bahan:

  • sotong 
  •  air asam jawa
  • garam
  • daun kucai
  • Air
Bahan A:
  • cili kering
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • kunyit
  • lada hitam
  • belacan

Cara memasak Sotong Masak Hitam :

  1. Kisar kemudian tumiskan bahan A hingga naik bau. 
  2. Apabila agak garing masukkan sotong, sedikit air asam jawa dan daun kucai 
  3. Masukkan air secukupnya. Terpulang kepada kepekatan yang dikehendaki.
  4. Perasakan dgn garam.

Crispy Fried Calamari. Sotong Goreng Ranggup

Bahan-bahan :
  • 500g ekor sotong
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula castor
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1/2 sudu teh kunyit
  • 1/4 sudu teh serbuk sugar kayu manis
  • 2 sudu besar mentega
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-cara :

  1. Sotong hiris harus dikeringkan tak terlalu basah. Letak 2 cawan tepung dalam  mangkuk , letakan serbuk cili ,serbuk kunyit, garam & gula castor. Gaulkan supaya sebati.
  2. Masukan sotong dalam mangkok dan gaulkan dengan tepung jagung dan  tepung beras. 
  3. Panaskan kuali, cairkan mentega dan minyak di kauli untuk mengoreng. Letakan sotong bertepung kedalam kauli sedikit2.
  4.  Goreng sehingga masak. Biarkan ia garing dalam 2/3 mins di kuali baru angkat. 
  5. Sajikan panas2 dengan sos cili cuka / jus limau atau cili sos. Jus lemon dan madu pun boleh.

Kerabu Mangga Sotong

 
Kerabu Mangga Sotong 


Bahan-bahan :

  • 2 biji mangga muda - diparut
  • 2 ekor sotong- bersihkan dan rebus
  • 2 batang cili - hijau dan merah
  • 1 labu bawang besar - dipotong halus
  • 5 sudu cuka
  • Gula dan garam secukup rasa
  • sedikit belacan - Jika mahu

Cara-cara penyediaan  Kerabu Mangga Sotong 

  1. Gaulkan semua bahan kecuali belacan. Kemudian gaul hingga rata.
  2. Masukkan sedikit belacan untuk menambahkan rasa
  3. Kerabu mangga siap untuk dihidangkan