Carian Resepi
Showing posts with label resepi Apam. Show all posts
Showing posts with label resepi Apam. Show all posts
Apam Bercorak
Apam
Bercorak
(Gambar asal-cheff (Qamira)
Bahan-bahan:
- 3 biji telur dari peti sejuk
- 275 gram tepung gandum
- 220 gram gula halus
- 150 ml susu segar @ susu cair
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalette
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Filling blueberry, coklat, strawberi atau apa-apa sahaja mengikut cita rasa anda
- Pewarna
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul telur, gula dan ovalette dengan
kelajuan maksima sehingga kembang.
2. Masukkan bahan-bahan lain seperti susu,
tepung gandum, baking powder dan esen vanilla. Pukul lagi adunan sehingga
sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
dan titiskan pewarna mengikut pilihan anda.
4. Masukkan setiap adunan bewarna ke dalam
piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas
(separuh sahaja).
6. Kemudian letakkan filling secukupnya.
7. Picitkan lagi adunan yang sama warna atau
berbeza warna sehingga mangkuk kertas hampir penuh.
8. Akhir sekali, bolehlah corakkan mengikut
citarasa anda dengan adunan yang pelbagai warna.
9. Kukus selama 10-15 minit sehingga masak.
-Qamira
Resepi Apam Susu Belang
Bahan - Bahan
- 4 bj telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu bsar ovalate
- 1 cwn gula pasir
- 4 sudu bsr susu pekat
- 2 cwn tpung gandum
- pewarna
Cara membuat Resepi Apam Susu Belang :
- Blend telur bersama esen vanila, ovalate, gula dan susu pekat smpai halus n kembang..
- Masukn tepung dan gaul sebati..
- Bahagi adunan kpd beberapa bahagian dan warnakan..
- loyang tu, leset dengan majerin ckit..masuk adunan dlm loyang selang seli dan kukus dlm 45 minit..
Subscribe to:
Posts (Atom)