Resepi Cheff: Resepi Kek Kukus
Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Ainee Hayaty Buah Hati Abah Alyaa Maisarah Alesya Adawiyah

Carian Resepi

Showing posts with label Resepi Kek Kukus. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kek Kukus. Show all posts

Kek Coklat Kukus Lembab

Kek Coklat Kukus Lembab

Kek Coklat Kukus Lembab

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum diayak
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten diayak
  • 1 sudu kecil baking powder diayak
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur 
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak 
  • Sedikit  esen vanila
TOPPING:
  • 4 sudu  susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu  butter
  • 2 sudu susu segar

Cara-cara membuat Kek Coklat Kukus Lembab :

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang. Masukkan sedikit esen vanila. Kacau rata.
  2. Masukkan tepung,serbuk koko dan baking powder sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.
  3. Masukkan susu kotak, susu pekat, minyak  gaul sebati.
  4. Masukkan dalam loyang yang telah disapu minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil. kukus selama 45min.
  5. Dah masak sejukkan.
  6. Utk topping, campurkan semua bahan dan masak secara double boiler. Curahkan atas kek yang dah sejuk tadi. Hias
  7. Simpan didalam peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Siap..untuk dimakan..

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese*

Kek  Coklat Kukus
Bahan untuk Cheese :
  • 200g cream cheese
  • 50g gula halus
  • 25ml air biasa
  • 25g tepung gandum
  • 1 biji telur
Cara cara membuat Kek Coklat Kukus:
  1. Cara Menyediakan Kek Coklat, Boleh rujuk DISINI. Ikut sampai cara cara no. 2 sahaja sebab nak mengukus perlu diselang seli dengan cheese.
  2. Cara Menyediakan Cheese :
  3. Campurkan semua bahan kecuali telur. Pukul sehingga kembang. Masukkan telur dan kacau lagi.
  4. Panaskan air untuk kukusan, kemudian masukkan adunan untuk kek dan kukus selama 20minit. Masukkan adunan untuk cheese di atas kek tadi dan kukus lagi 20 minit.
  5. Akhir sekali, masukkan adunan coklat dan kukus selama 30minit@ sampai masak.
  6. Siap untuk dihidang!!!