Resepi Cheff: Resepi Ikan Keli Masak Lemak

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Showing posts with label Resepi Ikan Keli Masak Lemak. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ikan Keli Masak Lemak. Show all posts

Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan

  • 2 ekor Ikan keli  
  • 200 ml Santan 
  •  4cm Kunyit
  • 2 batang Serai  
  • 7 btg Cili padi
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air 


Cara Memasak Ikan Keli Masak Lemak

  1. Bersihkan ikan, toskan. Tumbuk kunyit dan cili padi. Titikkan serai.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk. Masukkan juga air.
  3. Masukkan  bahan tumbuk iaitu kunyit dan cili padi serta serai ke dalam periuk.
  4. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan ikan keli. Tunggu kuah mendidih sekali lagi.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebentar.