Hye Assalamualaikum
Apa khabar semua? Kalau drama ada drama bersiri apa kata saya buat resipi bersiri pulak ye. Kenapa saya kata macam tu? Sebab saya nak share kan resipi makanan bercengkerang lagi. Cuma kali ni bukan kerang. Kita buat siput sedut pulak. Kita dah ada kerang masak sambal dan kerang rendang...so kita teruskan dengan siput sedut masak lemak cili api.
Siput sedut juga dikenali sebagai ‘Cerithedia Obtusa‘ sebagai nama saintifiknya. ‘Cerithedia Obtusa‘ adalah sejenis hidupan dari keluarga ‘Cerithedia’ yang manjadi makanan bagi orang-orang Asia Tenggara sejak turun-temurun lagi.
Siput ini boleh didapati dikawasan hutan bakau secara semuajadinya. Siput ini juga bergantung kepada air pasang surut diantara air tawar dari daratan dan air masin dari laut yang bersih dan tidak tercemar. Dahulunya, siput sedut ini hanya dikutip oleh manusia sebagai aktiviti sampingan tetapi kini, aktiviti mengutip dan menternak siput sedut ini telah menjadi salah satu aktiviti perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan.
Kebiasaanya, siput sedut ini bersaiz 2 cm hingga 5 cm panjang dan mempunyai cengkerang yang berbentuk ‘spiral’ dan tajam dihujungnya..dan biasanya, siput sedut yang terdapat di Malaysia ini berwarna coklat berbelang kuning atau hitam berjalur-jalur mengikut kualiti lumpur dan air yang terdapat di hutan bakau tersebut.
Siput sedut mempunyai cengkerang yang keras dan cengkerang ini perlu dipotong atau dipecahkan hujungnya bagi tujuan menghasilkan ruang udara agar memudahkan pemakan untuk menyedut keluar isi siput ini. Nampak macam complicated sangat kan cara nak makan siput sedut ni. Tapi percaya lah...rasanya sangat sedap. Berbaloi dengan usaha keras korang. Okay lah korang dah tahu kan serba sikit pasal siput ni. So lepas ni kalau anak anak tanya dah boleh cerita dah. Jom kita terus dengan resipi kita.
Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan diperlukan:
- 800gm/ sekilo siput sedut (basuh dan buang hujungnya)
- 3 ulas bawang merah *
- 2 ulas bawah putih *
- 1 inci kunyit *
- 5 biji cili padi (ikut suka) *
- 1 mangkuk santan
- 1 kiub pati ikan bilis
- 1 keping asam gelugor
- 1 batang serai diketuk
- sehelai daun kunyit (hiris nipis)
- garam secukupnya
Cara menyediakan dan memasak:
- Masukkan siput yang sudah dibersihkan & dibuang hujungnya ke dlm periuk dan tuangkan santan.
- Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih, kunyit dan cili padi kemudian masukkan ke dlm periuk tadi.
- Masukkan juga kiub ikan bilis & serai. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana supaya santan tidak pecah minyak.
- Sentiasa kacau perlahan supaya santan tidak berketul. Setelah hampir 5 minit masukkan asam keping & perasakan kuah garam secukupnya.
- Masak lagi selama 2 minit kemudian tutup api & taburkan daun kunyit. Sedia utk dihidang.