Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan-bahan:
- segenggam besar ikan bilis
- sebiji bawang besar - dimayam
- 5 biji bawang merah - dimayam
- 2 ulas bawang putih - dimayam
- 5 batang cili kering yg telah dikisar (tambah jika ingin lagi pedas @ kisar sekali dengan cilipadi)
- 1 cawan santan
- 2 tangkai petai
- garam secukupnya
- minyak masak
Cara-cara membuat Sambal Tumis Ikan Bilis :
-
Goreng ikan bilis separuh masak. Jangan sampai garing. Ketepikan.
-
Tumis bawang merah dan bawang putih seketika. Masukkan lada kering dan kacau hingga masak.
-
Masukkan santan, petai dan ikan bilis tadi. kacau hingga sebati
-
Masukkan garam, kecilkan api dan tutup kuali.
-
kacau sekali sekala. Setelah pecah
minyak, masukkan bawang besar dan biarkan seketika. Siap untuk dihidang.
*Garam hanya perlu sedikit sahaja kerana air ikan bilis akan memasinkan sambal selepas masak.