Resepi Cheff: Rendang

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Showing posts with label Rendang. Show all posts
Showing posts with label Rendang. Show all posts

Rendang Kerang Pedas

Hye Asaalamualaikum

Macam mana hari hari korang? Best ke tak best? Hope semuanya berjalan dengan lancar ye. Kalau ada masalah tu selesaikan lah baik baik. Kalau tengah bahagia tu...kekalkan lah. Okay lah kita teruskan dengan resipi kita ye. Kalau yang lepas kita dah masak sambal tumis kerang, kita teruskan lagi dengan edisi kerang ye. Kali ini kita akan mencuba rendang kerang pulak.

Sebelum kita teruskan dengan resipi kita cerita sikit pasal kerang ye. Biasanya kalau kita masak rendang kerang...kita akan buang cengkerang dia. Kita akan masak isi kerang tu sahaja. Ada tips taw kalau nak masak isi kerang sahaja. Nak tahu ke? Okay tips dia ialah...Andai kita nak ambil isi kerang tu sahaja, kalau boleh kerang tu jangan direbus. Nanti ia menjadi terlalu masak dan tak sedap. Sebaliknya selepas dibasuh bersih, terus masukkan ke dalam kuali. Tanpa air. Nyalakan api dan tutup kuali tadi. Selepas beberapa minit, buka penutup dan kacau rata. Setelah kerang mula terbuka, bolehlah padamkan api dan sedia untuk dikopek isinya. Kalau boleh, jangan beli isi kerang yang telah dikopek. Kita tak tahu kebersihannya. Ada ketika, ianya berbau hanyir. Amalkan lah tips ni inshaAllah makan anda menjadi lebih sedap.

Lagi satu, korang tahu tak yang kerang ni bagus untuk perempuan mengandung? Ha....jangan terkejut. Ini fakta taw. Biasanya ibu mengandung ni dia akan hadapi masalah kurang darah. So...kerang ni boleh jadi salah satu penyelesaian. Kerang dapat menstabilkan balik masalah kurang darah kepada ibu mengandung. Kepada ibu ibu yang mengandung tu, boleh lah rajin rajin makan kerang. Tapi korang kena pastikan kerang itu bersih dan daripada sumber air yang tidak tercemar. Sebabnya, kerang yang kotor dan daripada sumber air yang tercemar boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kandungan.

Orite sampai sini je kita berceloteh ye. Kita teruskan dengan resipi kita. Nanti baca panjang panjang tak sempat nak memasak pula kan.

Rendang Kerang Pedas
Rendang Kerang Pedas

Bahan kisar
  • 1 mangkuk isi kerang
  • 5 biji bawang merah ros
  • 2biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2inchi halia
  • 1inchi lengkuas
  • 1inchi kunyit hidup
  • 5 batang serai - ambil bahagian dalam putih sahaja
  • 10 biji cili api kampong
  • 10 tangkai cili kering - buang biji, rebus dan kisar halus
  • Santan - 1 biji kelapa
  • 3sudu makan kerisik
  • 2 keping asam
  • 3 helai daun kunyit - hiris halus


Cara cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili api dan cili kering.
2. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan kemudian masukan bahan kisar. Tumis sampai kering dan pecah minyak
3. Masukan santan dan biarkan merenih dengan api perlahan
4. Masukan kerisik, asam keping dan serai kemudian biar renih sampai pekat
5. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan
6. Masukan daun kunyit yang di hiris halus dan rasakan dengan garam

Siap!

Rendang Ayam Opah

Rendang Ayam Opah
Rendang Ayam Opah


Bahan-bahan :


  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu kerisik
  • 2 helai daun kunyit diracik halus
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :
  • 21 batang cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ketul kunyit hidup
  • 1 sudu ketumbar
  • 2 biji buah keras
  • 4 batang serai
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas

Cara-cara memasak Rendang Ayam Opah :

  1. Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan santan dan ayam, gaul rata.  Tutup kuali dengan tudung kukus biarkan sebentar. Guna api kecil.
  3. Masukkan kerisik kacau rata. Perasakan dengan garam gula.
  4. Masukkan daun kunyit, Siap untuk dihidang.

Rendang Kerang


Rendang Kerang

Bahan-bahan:


1 kg isi kerang
3 cawan santan pekat
3 helai daun kunyit - dipotong nipis
5 helai daun limau purut
3 sudu  kerisik
15 biji cili api - ditumbuk
Garam secukup rasa





Bahan kisar :


5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai - diketuk
8 batang cili kering



Cara-cara menyediakan Rendang Kerang :

  1. Tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Kacau semua bahan sehingga rata dan masukkan isi kerang serta daun kunyit, limau purut dan cili api .
  3. Masukkan santan dan kerisik, selalu kena kacau supaya tidak hangit. Masak dengan menggunakan api sederhana.
  4. Bila rendang dah agak kering, bolehlah tutup api.

Rendang Tok - Special dari Perak

 
Rendang Tok
  Rendang Tok

Bahan-bahan:


  • 2kg daging - potong macam nak goreng tu
  • 500g  kerisik
  • 3kg pati santan
  • 2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 labu bawang putih- dihiris 
  • 1/2 ketul gula kabung
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 10 biji buah pelaga 
  • air secukupnya 
  • garam secukupnya
Bahan kisar
  • 18 btg cili kering 
  • 3 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 3 sudu jintan kasar
  • 3 sudu jintan halus



Cara-cara penyediaan Rendang Tok

  1. Masukkan daging, bahan yang dikisar, bawang besar dan bawang putih ke dalam kuali.
  2. Masukkan pula gula kabung, kulit kayu manis, buah pelaga, santan dan kerisik.Masukkan air sehingga semua daging tenggelam. Masak dengan api yang sederhana.
  3. Kacau sehingga masak sekitar 4 jam atau lebih baru masak rendang ni. Apabila rendang hampir masak, masukkan garam secukup rasa. Rendang masak apabila keluar minyak dan daging menjadi gelap.
  4. Siap untuk dimakan dengan lemang, ketupat, nasi minyak @ nasi putih.

Resepi Rendang Daging*

Bahan-bahan:

  • 1kg Daging
  • 2 cawan santan @ 1biji kelapa
  • 2 sudu kerisik 
  • daun limau purut dihiris halus
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa


Bahan kisar
  • 10 biji cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 4 batang serai
  • 1 sudu biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan halus
  • 1 sudukecil jintan kasar

Cara-cara Memasak Rendang Daging

1. Tumis bahan kisar ditumis hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau seketika hingga daging sedikit lembut.
2. Masukkan santan dan kacau sehingga daging lembut. Jika perlu letakkan sedikit air sementara menunggu daging masak.
3. Masukkan kerisik, asam gelugur, gula, garam, serbuk perasa, daun limau purut.
4. Apabila sudah hampir kering, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Rendang Ayam Minang Sedap dan Tahan Lama



Ayam Minang

Bahan bahan:



  • 2 ekor ayam
  • 4 inci lengkuas ditumbuk
  • 2 inci kunyit hidup ditumbuk
  • 4 senduk cili kisar 
  • 4 kg santan 
  • Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
  • 2 keping asam keping 
  • Garam dan gula
  • Daun kunyit 
  • Sedikit kerisik 

Bahan ditumis
  • 1 kg bawang merah dihiris
  • 3 labu bawang putih dihiris
  • 4 inci halia dihiris
  • 4 batang serai dititik

Cara cara memasak Rendang Ayam Minang :


Panaskan minyak dan tumis bahan ditumis sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair, Apabila ayam dah masak, imasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan. 

Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak.

Taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.