Daging Kisar Goreng

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Daging Kisar Goreng

Daging Kisar Goreng

Hye Asssalamalaikum

Hari ini saya nak kongsikan sedikit resipi ringkas yang mudah untuk dibuat. Sangat sesuai untuk mereka mereka yang baru belajar memasak atau mereka yang sibuk dengan urusan seharian tetapi perlu memasak untuk keluarga. Resipi ini terhasil sebab saya ada lebihan daging kisar dan disebabkan tidak mahu membazir maka saya olah menjadi satu hidangan ringkas.

Kadang kadang kedai menjual bahan mentah hendak memudahkan kerja mereka dan memudahkan pembeli, mereka sudah siap siap membungkus barang jualan mereka mengikut sukatan yang mereka telah tetapkan. Kita sebagai pembeli tinggal ambil dan bayar sahaja. Cuma kadangkala bahan yang kita perlukan tidak perlu banyak tetapi kedai telah siap membungkus dan kita perlu beli kesemuanya. Kita tiada pilihan. Itu yang menjadikan kita ada lebihan bahan masakan.

Kalau kita tidak bijak...maka akan banyak lah pembaziran yang bakal berlaku dalam hidup kita. Dan sikap itu sangat lah tidak bagus. Macam kes saya ni, saya membuat daging burger sendiri haritu. Jadi saya pon ke kedai membeli daging kisar untuk membuat daging burger saya. Malangnya kedai itu hanya menjual daging kisar bermula dengan sekilo. Saya tidak perlukan sebanyak itu. Nak tak nak saya terpaksa beli jugalah. Termenung juga sekejap memikirkan nasib lebihan daging kisar tu. Akhirnya dapat lah juga idea untuk memasak daging kisar itu. Rasanya pon boleh tahan sedap. Kita sebagai surirumah ni memang kena bijak sikit dalam mencipta resipi. Kadang kadang  ada barang yang tiada lah...tidak cukup lah...dan sabagainya...itu yang memaksa kita untuk pandai mengolah masakan kita agar rasanya tetap sedap. Tetapi kalau pening sangat...google jelah setiap resipi itu. Zaman sekarang semua dah canggih. Tekan tekan sahaja terus jumpa apa yang dicari. Oaky jom kita terus dengan resipi kita.

Daging Kisar Goreng

Bahan bahan
  • 400 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 4 biji tomato (dicincang)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 tin cendawan butang (dipotong kecil)
  • 1 biji capsicum hijau
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa


Cara membuat
1. panaskan minyak kemudian tumiskan bawang besar sehingga layu
2. masukkan daging kisar kemudian kacau supaya minyak serata
3. masukkan tomato cincang, lobak merah, sos tomato dan semua bahan.
4. Masakkan sehingga pekat dan pecah minyak
5. rasakan garam dan biarkan masak sehingga pekat
6. sedia dihidangkan
, ,