DAGING GORENG PATAYA
Hye semua. Selamat datang diucapkan andai ada pembaca baru untuk blog saya ini. Dan selamat datang juga kepada pembaca setia blog saya ini. Insyaallah saya akan berikan resipi resipi terbaik yang saya ada. Jangan malu jangan segan ye untuk hantar request andai korang ada apa apa resipi yang nak saya kongsikan.
Hari ini saya akan share resipi daging goreng pataya. Haa...mesti ada yang terkejut kan. Yelah selalu yang kita dengar ialah nagi goreng pataya. Jarang kita dengar tentang daging goreng pataya. Daging dalam nasi goreng pataya adalah kan.
Bagi penggemar daging, mesti korang dah biasa kan dengan semua jenis masakan daging. Bagi yang baru baru nak cuba resipi ni, masakan ini seakan akan serupa dengan masakan daging paprik. Tetapi masakan ini menggunakan dua jenis limau iaitu limau nipis dan limau purut. So cuba korang bayangkan sajian ini di makan dengan nasi. Bau bau harum yang ada dalam masakan ni hasil daripada limau purut dan limau nipis tadi pasti akan menambahkan selera anda.
Masakan ini menggunakan limau dan juga daun limau itu sendiri, jadi rasanya pasti akan masam masam sedikit. Amat sesuai untuk mereka mereka yang tengah demam. Biasanya kalau kita demam ...mulut kita akan tidak dapat merasa apa apa kan...so hidangan ini sangat sesuai untuk korang. Tapi ini semua daripada pengalaman saya. Kalau apa yang saya rasa ini tidak sama dengan apa yang korang rasa..saya minta maaf ye. Setiap orang kan berbeza. Kita teruskan dengan resipi kita ye...kalau berceloteh panjang sangat nanti korang tak larat nak baca pulak.
Resipi Daging Goreng Pataya
Bahan A
500 gram daging (dihiris nipis)
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
4 helai daun limau purut
Daun ketumbar (dipotong pendek)
2 batang serai (dititik)
1 biji limau purut
1 biji limau nipis
1 biji tomato (dipotong dadu)
2 sudu makan minyak masak
Bahan B (ditumbuk)
3 biji cili merah
10 biji cili api
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Membuat
1. Panaskan minyak kemudian tumis serai dan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan daging , tomato, daun limau purut, serai dan bawang besar.
3. Kacau rata dan tutup api.
4. Perahkan limau, taburkan daun ketumbar dan hidangkan.