Resipi Sup Sayur

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Resipi Sup Sayur

Hye Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai saya kongsi kan 3 resipi sup yang sedap untuk korang. Dan kali ini pon saya akan share kan lagi resipi sup yang menarik untuk anda cuba. Bagus makan makanan yang berasakan sup ni. Sebab nya ialah penggunaan minyak dalam masakan sup adalah sedikit. Boleh la kita diet sikit tanpa meninggalkan makanan makanan kegemaran korang tu.

Hari ini saya akan kongsikan resipi sup sayur saya ye. Tapi biasalah bila cakap pasal sayur je semua tak berminat. Bila cakap pasal sayur je semua orang akan membayangkan sayur tu pahit...batang sayur tu keras...dan macam macam lagi. Tapi sebenarnya benda yang korang tak suka ni lah yang banyak memberi khasiat dan sangat baik untuk kesihatan korang.

 Antara manfaat sayur sayuran yang korang kadang kadang tak tahu ialah ia boleh membantu dalam proses menurunkan berat badan, mencantikkan kulit, membina dan memperbaiki tulang, menguatkan sistem imunisasi badan, menangani masalah kesihatan, mengurangkan risiko penyakit berbahaya, kaya dengan sumber protein, dan paling penting baik untuk kanak kanak.

Cuma kadang kadang kita yang tak berapa pandai masak ni tersilap dalam memilih cara masakan sayur sayur tu. Itu yang membuatkan rasa sayuran itu tak berapa sedap sekaligus membuatkan ramai yang tidak suka dengan segala jenis masakan berasaskan sayuran. Kalau boleh tambahkan serbuk perasa lebih sikit andai sayuran itu terlampau pahit atau tawar. Sayuran yang keras atau bahagian batang sayuran yang keras perlulah dimasak lama sikit agar lebih lembut. Kalau kena dengan cara masaknya...inshaallah semua akan suka dengan masakan sayuran yang kita buat. Untuk hari ni seperti yang saya dah bagitahu tadi, kita akan memasak sup sayur.

Resipi Sup Sayur
Sup Sayur

Bahan-bahan :
  • 2 pokok sawi
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 paket kecil cendawan tiram kelabu
  • 1/2 kuntum bunga kobis
  • 2 pokok daun sup
  • 1 biji tomato
  • 1 paket kek ikan
  • 2 biji bawang  merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 biji cili api
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1 ketul kiub ayam
  • Sepeket sup bunjut
  • Secebis asam keping
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya


Cara-cara:
1. Sayuran dipotong-potong. Daun sup di asingkan daun dan batangnya dan dipotong. Tomato dipotong baji 6 bahagian.  Kek ikan juga di potong kecil. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat. Halia dan cili api di ketuk pecah sedikit.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk lumat. Bila bahan tumbuk dah kekuningan dan berbau wangi masukkan air. Tunggu mendidih sedikit, masukkan halia dan cili api yang diketuk. Masukkan juga sup bunjut,  kiub ayam, serbuk lada hitam dan asam keping
3. Selepas itu masukkan kek ikan. Tunggu hingga mendidih. Bila mendidih, masukkan sayuran kecuali daun sup dan tomato. Batang sup dimasukkan sekali yer. Pada masa ni sesuaikan berapa banyak air yang diperlukan. Kalau rasa tak cukup air, boleh tambah.
4. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula. Dah cukup rasa.... boleh masukkan tomato. Tunggu sebentar sehingga tomato ada tanda-tanda nak terkopek kulit luarnya, Bolehlah tutup api. Lepas tu taburkan daun sup kedalam.
, , ,