Resepi donat Gebu

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Resepi donat Gebu


Resepi donat


Bahan bahan:

  • 500gram tepung gandum 2 sudu majerin
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu gula pasir.
  • 1 pack mauripan
  • sedikit air sejuk yang disimpan dalam peti ais ( guna apabila adunan belum lembut)

Cara cara:

  1. Campurkan mauripanbersama air suam. Biarkan.
  2. Gaul tepung dalam 1 bekas lain, buat lubang ditengahnya, masukkan gula, susu dan majerin. Gaul rata
  3. Tuang mauripan kedalam adunan. Uli hingga menjadi doh. Masukkan garam yang sudah dilarutkan dalam air suam.
  4. Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air simpanan dalam peti ais. Uli lagi.
  5. Terap pada acuan, sebelum tu guna pengelek untuk meratakan doh.
  6. Biarkan setika supaya donat boleh kembang.  Panaskan  kuali, gunakan minyak banyak supaya  semua donat tenggelam dalam minyak.Dah masak, angkat toskan.
  7. Kisar hancur gula. Gaul donut didalam gula.


, ,