Kek Mentega Marmar Susu

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Kek Mentega Marmar Susu


Kek Mentega Marmar Susu

Bahan bahan:
  • 250g mentega
  • 300g tepung naik sendiri 
  • 50g susu pekat manis
  • 100g susu cair
  • 150g gula
  • 4 biji telur
  • 1 sudu coklat emulco
  • 1 sudu teh kapucino emulco
  • 1 sudu teh esen vanilla 
  • Kepingan badam sebagai hiasan
Cara-Cara:
  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan susu pekat manis. Pukul sebati.
  2. Masukkan tepung naik sendiri dan susu cair.
  3. Ambil 1/4 adunan. Letakkan coklat emulco dan kapucino emulco. Kacau rata. Letakkan esen vanilla didalam adunan plain dan kacau rata.
  4. Sapukan butter pada loyang.  Tuangkan adunan plain ke dalam loyang. Diikuti adunan coklat kapucino. Buatkan bentuk marble dengan belakang sudu.
  5. Hiaskan dengan taburan kepingan badam.
  6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek dimasak sempurna.
, ,