Bubur Lambuk Utara

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Bubur Lambuk Utara




 Bubur Lambuk Utara
 Bubur Lambuk Utara

Bahan - Bahan:-
  • 1/2 Cawan beras - rendam beberapa jam
  • 1 Sudu minyak @ butter @ minyak sapi 
  •  Daging /Ayam secukupnya
  • 1 Btg Serai - dititik
  • 1/2 Sudu teh Halba
  • 1/2 Sudu teh Jintan Manis
  • Udang secukupnya 

  • 1/2 Sudu teh Serbuk lada hitam
  • 1/2 Sudu teh Serbuk lada sulah
  • 1 Helai Daun pandan disimpul
  • 1 Cawan Santan pekat
  • Bawang Goreng
  • Daun sup & Daun bawang
  • 1 btg Lobak
  • Serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Air Secukupnya
Bahan Dikisar :
  • 4 Biji Bawang merah 
  • 2 Ulas Bawang putih 
  • 1in Halia 

Cara-cara  membuat Bubur Lambuk :-

  1. Tumis bahan dikisar sehingga naik bau, kemudian masukkan serai, jintan, halba & daun pandan bersama Butter/minyak.
  2. Masukkan beras dan air secukupnya dalam 3cawan kemudian masak sehingga nasi jadi lembik
  3. Masukkan daging dan biarkan hingga empuk  (air tadi agak kering)
  4. Masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.
  5.  Masukkan udang, serbuk lada hitam, lada sulah,  serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
  6. Siap untuk dihidang  dengan cara taburkan daun bawang dan daun sup yang dicincang halus serta bawang goreng..
, , ,