Daging Masak Kurma

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Daging Masak Kurma

Hye Assalamualaikum

Apa khabar? Sihat ke semua? Diharapkan semua pembaca dan oengikut blog ini berada dalam keadaan sihat. Bukan sahaja sihat tetapi bahagia bersama insan tersayang. Orang kata kalau suami buncit maknanya dia bahagia dan isterinya pandai masak. Betol ke? Pada saya betul kot sebab kalau bini masak sedap...mesti makan banyak. Tu yang menjadikan buncit tu. Hahaha
Kita dah selalu sangat dengar resipi ayam...ikan...telur...now kita nak cuba pulak resipi daging. Apa ye jenis masakan yang sesuai untuk resipi daging ni? Bukan senang tau nak masak daging ni. Kena betul betul empuk, kalau tidak ada yang buat baling dinding je nanti. Yang kita selalu dengar adalah sup kan. Tapi hari ni saya bukan nak masak sup. Tapi nak masak daging kurma.
Korang tahu tak mana datang nya resipi daging masak kurma ni? Adakah sebab kita letak kurma lepas tu jadi daging masak kurma? Penting tau untuk kita tahu. Yelah kita yang masak...so kita mesti lah tahu apa yang kita masak. Baru lah kita ni nampak seperti berpengetahuan. Kurma ni, makanan yang berasal dari India. Masakan ini banyak menggunakan rempah ratus. Kalau yang betul betul sedap itu mungkin dia menggunakan rempah ratus asli dari india. Tapi rempah ratus yang ada kat pasaraya tu pon dah mencukupi sebenarnya. Masakan india, lebih banyak memasak menggunakan "braising technique". Apa benda braising technique tu? Ianya adalah satu teknik memasak dimana kita menumis reneh, memasak bahan yang bercampur sedikit air dengan api perlahan. Sebab itu, memasak daging kurma ini akan mengambil masa yang agak lama...supaya bahan rempah ratus yang digunakan akan sebati di dalam daging. Selain dapat memastikan daging yang dimasak itu betul betul empuk.
Tapi korang jangan ingat daging je tau boleh masak kurma. Ayam pon boleh jugak. Especially ayam kampung. Daging dia agak liat berbanding ayam biasa tu...so sangat sesuai di masak kurma. Tapi ikan memang belum pernah dengar lagi masak kurma. Sebab ikan isinya lembut. Hancur kalau kita masak kurma. Kita ,e,asak ni bukan sekadar sedap sahaja, tapi kita kena tahu bahan utama untuk masakan kita tu sesuai ke dengan cara masakan kita. Baru lah kita boleh jadi chef yang baik untuk keluarga kita. Orait kita teruskan ye dengan resipi kita iaitu daging masak kurma.

Daging Masak Kurma
Daging Masak Kurma


Bahan-bahannya:
  • 400gm daging-potong dan bersihkan
  • 25gm serbuk rempah kurma
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 biji kentang-belah 4
  • 2 biji cili hijau-belah 2
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • 1 biji tomato-belah 4
  • Santan-secukupnya
  • Garam dan gula@serbuk perasa-secukup rasa
  • Minyak-menumis


Bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 biji buah keras


Bahan tumis:
  • 1 biji bawang merah- hiris
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 batang serai-diketuk


Cara-caranya:
1. Bahan-bahan kisar di campur dengan serbuk kurma(jadikan pes)
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan penumis hingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan serbuk kurma kemudian kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging dan kacau rata.Biarkan daging mengeluarkan air dan kecut sebentar.
5. Masukkan santan,kerisik dan kentang.Masak hingga daging dan kentang empuk.
6. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa dan semua bahan2 yang lain.Apabila kuah agak pekat dah boleh angkat.

Daging Masak Kurma Sedia untuk dihidang.
, , ,