Resepi Muffin Pisang yang Comel

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Resepi Muffin Pisang yang Comel




Muffin Pisang

Bahan A :
  • 1 biji telur gred
  • 75g gula
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu susu segar
  • 1 sudu teh esen vanila / pisang
  • 90ml minyak jagung / minyak masak
  • 3 biji pisang masak dilecek halus

Bahan B:

  • 125g tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 3 sudu besar badam cincang dipanggang dalam oven 5 minit
  • 30g coklat masakan  dadu besar

Cara cara:

1. Panaskan oven pada suhu 160' C susun kertas muffin dalam loyang. Ketepikan.
2. Pukul gula dan telur sehingga berkrim dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan A dan putar pada kelajuan perlahan hingga rata.
3. Masukkn  bahan B  dan kaup balik rata dengan spatula hingga sebati.
4. Masukkn adunan 1/3 dalam kertas muffin masukkan coklat masakan ditengahnya dan masukkn adunan lagi untuk menutupnya.
5. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak. Ayakkan gula aising sebelum dihidangkan.
,