Sambal kerang pedas masam manis

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Sambal kerang pedas masam manis





Sambal kerang pedas

Bahan-bahan :

  • 200g kerang
  • 1 biji bawang kuning dihiris bulat2
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 inci belacan
  • 1 btg serai dititik
  • sedikit santan
  • perahan jus asam jawa
  • sedikit sos tiram sos cili n sos tomato
Bahan A :
  • 5 biji bawang merah
  • 9 batang cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • sedikit halia

Cara Memasak Sambal kerang pedas  :

  1. Kerang dibersihkan, dicelur air panas seketika kemudian ambil isinya.
  2. Tumis bahan A hingga naik bau. Ketepikan.
    Panaskan minyak dalam kuali, masukkan  belacan. Goreng hingga harum, bau blacannye..
  3. Masukkan bahan tumis sambil masukkan serai tiik. Masukkan jus asam jawa, sedikit santan garam dan gula secukup rasa, sos dan kacau sebati.
  4. Masukkan isi kerang dan hirisan bawang, kacau rata hingga sedikit berkuah.Jangan terlalu kering.
  5. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan
, , ,