September 2015

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Resepi Ayam Masak Merah Utara

AYAM MASAK MERAH UTARA
Resepi Ayam Masak Merah Utara



Bahan-bahan


  • 1ekor ayam (dibersihkan)
  • 3 biji bawang besar  (dikisar)
  • 5 batang serai (dikisar)
  • 2 ½ inci lengkuas (dikisar)
  • 4 inci halia( dikisar)
  • 1 ½ cili kering (dikisar)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 mangkuk minyak (menggoreng & menumis)
  • ½ sudu besar garam
  • ½ sudu besar kunyit
  • 1 sudu kecil gula
  • ½ perasa
  • 1½ santan pekat.


Cara-cara membuat Ayam Masak Merah 


  1. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah di lumur garam dan kunyit tadi ke dalam kuali goreng sehingga separa masak, kemudian angkat dan toskan...
  3. Masukan kulit kayu manis, buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang serta masukan bahan yg telah di kisar, masukkan juga garam, gula dan perasa, tunggu sehingga pecah minyak...
  4. Masukan ayam gaulkan sehingga sebati dan akhir sekali masukkan santan.
  5. Tunggu sehingga masak selama 15 minit. Siap untuk dihidangkan.





SELAMAT MENCUBA…..


-scha
, , , , , , ,

Kari Telur

Kari Telur

Kari Telur


Bahan-bahan:
  • 4 biji telur ayam
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • ½ inci halia (dihiris)
  • ½ paket serbuk santan (dibancuh dengan air, jangan terlalu cair)
  • 1 paket kecil serbuk kari (dibancuh dengan air)
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Masukkan juga asam gelugur.
3. Masukkan santan dan kacau kuah sehingga sebati. Biarkan seketika sehingga mendidih.
4. Pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah dan biarkan seketika.
5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau perlahan-lahan supaya telur tidak hancur.
6. Apabila telur sudah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

-Qamira
, , , ,

Apam Bercorak

Apam Bercorak

(Gambar asal-cheff (Qamira)

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur dari peti sejuk
  • 275 gram tepung gandum
  • 220 gram gula halus
  • 150 ml susu segar @ susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Filling blueberry, coklat, strawberi atau apa-apa sahaja mengikut cita rasa anda
  • Pewarna

Cara-cara membuatnya:

1. Pukul telur, gula dan ovalette dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
2. Masukkan bahan-bahan lain seperti susu, tepung gandum, baking powder dan esen vanilla. Pukul lagi adunan sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut pilihan anda.
4. Masukkan setiap adunan bewarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (separuh sahaja).
6. Kemudian letakkan filling secukupnya.
7. Picitkan lagi adunan yang sama warna atau berbeza warna sehingga mangkuk kertas hampir penuh.
8. Akhir sekali, bolehlah corakkan mengikut citarasa anda dengan adunan yang pelbagai warna.
9. Kukus selama 10-15 minit sehingga masak.

-Qamira
, , , , , ,

Nasi Goreng Sardin

Nasi Goreng Sardin

Nasi Goreng Sardin
(Google image)

Bahan ditumbuk lumat:

  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis
  • sedikit cili api

Bahan-bahan lain:

  • 3 cawan nasi
  • 1 tin ikan sardin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak 
Nasi Goreng Sardin:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi, masukkan sos tiram dan kacau sampai terbit bau wangi.
  2. Masukkan ikan sardin dan hancur-hancurkan ikan sardin tapi tidak perlu sampai lumat.
  3. Kacau semua bahan kemudian masukkan telur dan kacau lagi.
  4. Seterusnya, masukkan nasi dan kacau mesra semua bahan. Masukkan garam secukup rasa dan kacau nasi goreng sampai nasi nampak sedikit kering atau sampai nasi goreng cukup masak.

-Qamira
, , , , ,

Potato Fritters

Potato Fritters

(Gambar asal-cheff (Qamira)

Bahan-bahan:

  • 3 biji kentang yang disagat halus
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit daun bawang
  • Serbuk lada sulah secukup rasa
  • Garam dan ajinomoto secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:

  1. Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan ajinomoto. Gaul kesemua bahan sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak. Sudukan adunan dan goreng leper-leper.
  3. Sedap dimakan bersama sos.

-Qamira
, , ,

Crunchy Almond

Crunchy Almond

(Gambar asal-cheff-Qamira)


Bahan-bahan:


  • 500 gram Florentine Mix
  • 500 gram badam


Cara-cara membuatnya:


  1. Campurkan Florentine mix dan  kepingan badam di dalam mangkuk.
  2. Ratakan di atas permukaan tidak melekat (seperti tikar pastri yang tidak melekat atau kertas baking yang tidak melekat).
  3. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 190 ºC selama 8 minit.
  4. Selepas keluarkan dari dalam ketuhar, potong crunchy almond kepada kepingan-kepingan kecil.


-Qamira

, , , , ,

Kek Coklat Kukus

Kek Coklat Kukus

(Gambar asal-cheff Qamira)


Bahan-bahan A (dimasak di atas api):
-        1 cawan susu cair, 1 cawan serbuk koko, 1 cawan susu pekat, 1 cawan gula, sedikit serbuk penaik, 1 sudu esen vanilla, 1 cawan minyak masak (masuk last sekali)

-           Masak dengan api perlahan sehingga kesemua bahan-bahan tersebut sebati.

-          Biarkan sejuk sementara menyediakan bahan-bahan B.


Bahan-bahan B (dipukul):
-          1 cawan tepung gandum dan 4 biji telur dipukul sehingga sebati.

-          Seterusnya, masukkan bahan-bahan A yang telah dimasak tadi dan kacau hingga sebati.

-          Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam sehingga masak.

 -Qamira

, , , , ,

Pavlova

Pavlova

(Gambar asal-cheff Qamira)


Bahan-bahan:

  • 4 biji putih telur
  • ¾ cawan gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 1 sudu besar tepung jagung

Topping

  • 1 cawan (240ml) whipping cream non dairy
  • 1 ½ sudu besar gula halus
  • ½ sudu teh esen vanilla

Cara-cara membuat Pavlova:

  1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sampai jadi soft peak form.
  2. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.
  3. Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga menjadi putih berkilat.
  4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati sehingga menjadi merigue (adunan menjadi ringan dan apabila bekas untuk memutar adunan diterbalikkan, adunan tidak jatuh).
  5. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaul adunan menggunakan spatula @ senduk.
  6. Buat bulatan di atas kertas minyak.
  7. Bentukkan merigue @ adunan mengikut bulatan yang telah dilukis di atas kertas tadi. Pastikan bahagian tepi adunan lebih tinggi daripada bahagian tengah.

Masa membakar:

  1. Panaskan oven pada suhu 150 ºC selama 15 minit. Gunakan api bawah sahaja.
  2. Turunkan suhu kepada 140 ºC . Bakar adunan selama 1 hingga 1 jam 15 minit.
  3. Kawal suhu ikut jenis oven.
  4. Bila pavlova dah masak, jangan terus keluarkan daripada oven. Biarkan pavlova sejuk dalam oven. Renggangkan pintu oven sedikit. (10 minit)

Untuk topping:

  1. Putar whipping cream  sampai kental dalam 10-15 minit.
  2. Sapukan whipping cream di atas pavlova dan hiaskan dengan buah-buahan seperti strawberi, anggur, kiwi dan mangga.
  3. Sejukkan dalam peti ais sebelum makan.


-Qamira 
, , ,

Apam Senyum

Apam Senyum

(Gambar asal-cheff (Qamira)


Bahan-bahan (untuk 30 biji apam):

  • 3 biji telur
  • 1 ¼ cawan gula
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 cawan air aiskrim soda
  • 3 cawan tepung gandum
  • Sedikit pewarna mengikut citarasa sendiri

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul telur, gula dan ovalette sehingga kembang atau gebu.
2. Masukkan aiskrim soda dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul rata.
4. Letakkan pewarna mengikut citarasa anda sendiri.
5. Masukkan ke dalam papercup atau acuan apam dan kukus dalam 10-15 minit.

-Qamira
, ,

Kuih Lapis

   
Kuih Lapis
(Gambar asal-cheff Qamira)


Bahan-bahan:

  • ½ jug air kosong
  • 2 senduk gula
  • 1 paket serbuk santan
  • 2 senduk tepung beras
  • 3 senduk tepung gandum
  • Pewarna hijau dan merah jambu secukupnya

Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan gula ke dalam air dan gaul sehingga gula larut.
2. Seterusnya, masukkan tepung gandum ke dalam adunan gula dan air tadi. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung beras dan serbuk santan. Gaul lagi sehingga adunan tidak berketul-ketul.
4. Tapis adunan tadi menggunakan penapis dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
5. 1 bahagian adunan diwarnakan dengan pewarna hijau manakala 1 lagi bahagian diwarnakan dengan pewarna merah jambu.
6. Sapukan minyak pada loyang pengukus. Masukkan 2 senduk adunan berwarna hijau dan kukus selama 5 minit.
7. Seterusnya, masukkan pula 2 senduk adunan berwarna merah jambu dan juga kukus selama 5 minit. Kukus adunan berselang-seli sehingga kesemua adunan habis.

-Qamira
, , ,

Apam Pulau Pinang


Apam Pulau Pinang

(Gambar asal-cheff Qamira)

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • 2 gelas tepung Hongkong
  • 1 ½ gelas gula
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 paket serbuk santan
  • ½ gelas air
  • ½ gelas minyak masak atau minyak jagung Mazola
  • Pewarna hijau secukupnya

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan tepung Hongkong dan air. Pukul lagi sehingga adunan sebati.
3. Seterusnya, masukkan tepung santan, minyak masak atau minyak jagung Mazola dan overlette.
4. Pukul adunan sehingga betul-betul sebati dan akhir sekali masukkan pewarna hijau secukupnya.
5. Kukus adunan dalam loyang pengukus sehingga masak.

- Qamira

, , ,