November 2014

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Ikan Sardin Home Made




Mari buat sardin sendiri.. rupanya senang je nk hasilkan sardin ni.. sebijik mcam dlm tin tu.. dan sah bersih dan halalnya..

Bahan bahan :-

  • 1 kg ikan sardin/tamban
  • Kisar halus
  • 3 bj buah tomato
  • 3 kabu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu tpg gandum
  • 2 sd cili kisar
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1/4 cwan minyak
  • Gula dan garam

Cara cara  memasak Ikan Sardin :-

Bersih ikan... buang kepala ekor... susun ikan dalam periuk hight preasure... curah bahan2 blend dan semua bahan lain... pastikan air cukup..preasure setengah jam.. jangan buang wap dulu.. biar sejuk dlm periuk.. boleh tambah air kalau kurang.. pastu preasure lagi setengah jam.... tengok tulang ikan pun dh reput ye....
, , , ,

Tips beli tiket termurah AirAsia

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dulu naik pesawat adalah suatu yang sangat mewah. Hanya mereka yang kaya atau berjawatan tinggi sahaja berpeluang menaiki kapal terbang. Masa sudah berubah sekarang, siapa sahaja boleh bergerak kemana sahaja menaiki kapal terbang dengan harga yang murah. Kali pertama aku menaiki pesawat pada tahun 1992 bercuti di Phucket hadiah pekerja cemerlang daripada syarikat. Masa ini Airasia tak ada lagi.
Airasia telah mengubah industri penerbangan di Malaysia sehingga impian ramai untuk menaiki kapal terbang menjadi kenyataan. Kuasa teknologi telah mengubah segalanya apabila pelanggan boleh membeli sendiri tiket secara online dengan harga yang murah.Airasia telah membawa teknologi tempahan tiket secara online ke Malaysia yang telah digunakan banyak syarikat penerbangan dunia. Kalau betul teknik pembelian bukan sahaja boleh membeli tiket pesawat murah tetapi boleh membeli tiket termurah.
cara beli tiket AirAsia termurah
Tips beli tiket murah AirAsia berikut adalah pengalaman Ustaz Noehas yang mungkin ramai pembaca terlepas pandang. Membeli tiket AirAsia termurah adalah penjimatan dan menguntungkan.
1. Beli Tiket sendiri secara online
Membeli tiket AirAsia dari mana-mana travel agensi akan lebih mahal dari beli sendiri jika ada promosi. Ini kerana AirAsia tidak memberi harga promosi kepada pihak travel agensi. Bahkan jika anda beli tiket AirAsia dari travel agensi, selain kena bayar duit tiket anda juga perlu bayar upah khidmat sebanyak RM20-RM30 kepada syarikat travel tersebut, itu belum termasuk duit minyak, masa dan tenaga yang diguna untuk ke tempat pembelian tersebut.
2. Bayar menggunakan bank online
Jika tiket berjaya ditempah sendiri melalui internet, bayarlah dengan menggunakan sistem debit iaitu transfer cash dari mana-mana bank terpilih bukan menggunakan kad kredit kerana AirAsia akan mengenakan cas tambahan bagi transaksi yang menggunakan kad kredit kecuali mengguna kredit kad yang dikeluarkan oleh AirAsia. Cas yang dikenakan bukan per transaksi tapi mengikut jumlah kepala atau penumpang yang anda belikan tiket untuk mereka. Elok-elok nak dapat murah jadi mahal pulak.
3. Waktu membeli tiket paling murah
AirAsia biasanya akan membuka harga promosi yang paling murah pada waktu tengah malam antara jam 1 – 5 pagi. Berdasarkan pengalaman Ustaz Noehas rasanya macam betul jer petua yang kawan tu ajarkan tapi bukanlah setiap malam harga promosi tu ada. Ramai yang kata kalau beli awal berbulan-bulan sebelum tarikh penerbangan adalah cara terbaik beli tiket murah AirAsia, sebenarnya tidak juga begitu. Pernah sekali seorang kawan beli awal 2 bulan tapi kawan yang lain beli 5 hari sebelum terbang lebih murah.
4. Tips lain untuk tiket murah AirAsia
Ada beberapa lagi petua cara terbaik beli tiket murah AirAsia. Noehas sebut secara ringkas jer.
  • Tidak perlu beli insuran yang ditawarkan.
  • Tidak perlu tempah makanan jika penerbangan singkat walaupun memang diakui Nasi Lemak Airasia tu sedap. Makan siap-siap sebelum terbang atau makanlah selepas sampai ke destinasi.
  • Pastikan timbangan yang dibayar sekadarnya sahaja, AirAsia siap meletakkan 20kg kalau anda tidak tukar kepada 15kg bermakna anda perlu bayar apa yang anda tidak perlukan.
  • Tidak perlu memilih tempat duduk.
  • Naik SkyBus untuk ke KLIA2 sebab harganya lebih murah berbanding harga tiket ERL.
  • Blogger Eyriqazz ada cara yang berbeza kalau nak tahu boleh terjah “cara beli tiket murah Airasia“.
Tips beli tiket pesawat termurah bukan sahaja untuk Airasia tetapi boleh juga digunakan untuk syarikat penerbangan yang lain iaitu MAS, Firefly dan Malindo.
pertama kali naik kapal terbang
Strategi Airasia memang mantap bukan sahaja menyediakan tiket murah tetapi menggunakankaedah pemasaran paling murah tetapi berkesan iaitu menggunakan khidmat blogger untuk mempromosi lokasi penerbangan mereka. Antara blogger yang beruntung adalahBroframestone melancong ke Medan Indonesia dan Melastik Bintang bercuti di Macau. Ramai lagi blogger yang sudah berpeluang terbang bersama Airasia meneroka lokasi baru … siapalah agaknya gerangan blogger-blogger tersebut. Setakat ini Denaihati belum ada rezeki dibawa terbang oleh Airasia tetapi alhamdulillah Airasia telah sudi menaja dua blogger Indonesia Nophang dan Anazkia ke majlis SBB2014
Kongsikan pengalaman anda naik kapal terbang kali pertama kerana ianya mesti satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Roti john Chesee

Roti john Chesee
Roti john Chesee

Bahan bahan :-

  • daging beger  
  • planta  
  • lada sulah 
  • Karet  
  • Kobis 
  • telor  
  • daun sup  
  • garam  
  • serbuk perasa  
  • roti  
  • Mayonis  
  • chees  
  • sos cili 
  • sos black papper

 Cara cara penyediaan Roti john Chesee :-

  1. dging bger tu msak cam wat beger tu je Ltak lada sulah n hancurkn
    syur semua hiris halus...
  2.  msak roti n tlor ..pastu  Ltak dging yg dh msak atsnye Ltak chees dlu pastu bru Ltak syur last Ltak semua sos.
  3. pecah kan telor Ltak daun sup.lada sulah garam serbuk perasa..

, , , , ,

Kek batik Cheese aisyah alyaa dan fatin


Kek batik Cheese
Bahan bahan :-
  • 250 gram cream cheese philadelphia 
  • 1 bungkus biskut marie perisa coklat /kopi
    atau biskut cracker
  • 10 ml susu segar cair
  • 1/2 cawan gula halus

Cara cara :-
  1. Satukan cream cheese dan gula halus,pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan dulu.
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api...biarkan suam je.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan.
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong
, , , , , ,

Beef Steak

 Bahan perap
  • cili blnder
  • sos tiram
  • gula
  • ajinmoto
  • serai
Daging potong nipis n leper lepas tu rebus  bg empuk..
Bahan bahan Sos blck paper
  • butter cup
  • Bwg merah b.putih ptg dadu
  • Lada hitam tumbuk
  • Sos chili
  • Gula
  • Sos tiram
  • Kiub daging
  • Tepung jagung..
Cara cara:
tumis pki butter bwg merah putih..masuk sos2 n lada hitam air sikit gula tepung sume kiub..perasakan sesedap rase..bhn sume agak2 nk bape byk..api perlahan kacau samp pekat siap.
,

Ikan Celup Tepung

Ikan Celup Tepung

, , ,

Chiken Chop Home made

Chiken Chop 

Bahan-Bahan:

  • 1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
  • 4 sb (rata) tepung gandum
  • 1 kiub ayam
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
  • 4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
  • 2 sb lada hitam ditumbuk kasar
  • 3 cawan air (atau lebih) - Rosaliza guna air rebusan saderi + bawang besar + tulang ayam
  • 2 sb mentega

Cara-Cara:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).
  5. Masukkan kiub ayamMasukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.
  6. Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  7. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.
, , ,

Kek Pelangi Rehan

Kek Pelangi Rehan
Bahan-bahan : 
  • 1 ½ cawan mentega
  • 1 ½ cawan gula halus
  • 8 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 2 sudu kecil esen vanilla
Cara Membuat Kek Pelangi Rehan  : 
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanilla.
  3. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
  4. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik. Kacau hingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut citarasa sendiri.
  6. Sapukan permukaan loyang dengan mentega terlebih dahulu.
  7. Bakar hingga masak.

Nasi Ayam Madu

Nasi Ayam Madu
Resepi Nasi Ayam Madu


Bahan untuk ayam (direbus) :

  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam


Bahan untuk ayam (diperap) :

  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan


Bahan untuk nasi:

  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma


Bahan untuk sos:

  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam


Bahan untuk sup:

  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris


Bahan untuk kuah kicap:

  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam



Cara Penyediaan Nasi Ayam Madu:-

Cara untuk ayam:

  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.


Cara untuk memasak nasi:

  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
  3. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.
  4. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.
  5. Masak nasi seperti biasa.


Cara untuk memasak sup:

  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
  2. Taburkan dengan bawang goreng -dan hirisan daun sup.


Cara untuk memasak sos:

  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.


Cara untuk memasak kuah kicap:

  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika.
  2. Sejukkan sebelum dihidang.


Tips: Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.
, , , , ,

Kek Pisang Kukus

Kek Pisang Kukus
KEK PISANG KUKUS

Bahan bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
* ayak bersama

  • 3 @ 4 biji pisang berangan- dileyek
  • 3/4 cawan minyak mazola
  • 4 biji telur size A
  • 1 cawan gula @ 3/4 cawan gula (ikut suka nk manis ke x ye)
  • 1 camt esen pisang

Cara² memasak Kek Pisang Kukus :

  1.  Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan
  2. Telur bland
  3. Campurkan gula dgn minyak
  4. Pastu gaul sebati telur dgn minyak dan gula..
  5. Masukan tepung yg di ayak sedikit demi sedikit + esen pisang
  6. Kukus selama 40minit @ sehingga masak..
, , , ,

Sos perapan ayam BBQ

Sos perapan ayam BBQ
 ayam BBQ

Bahan bahan:
  • 15biji Bawang merah
  • 10 ulas Bawang putih
  • 9 batang Cili kering
  • 1 pkt kecil Rempah kurma
  • kunyit
  • 1 pkt kecil Serbuk kari
  • Halia
  • Garam
  • Gula apong/gula merah
  • Sos tiram
  • Serai

Cara cara:

  1. Kisar‬ halus semua bahan kemudian lumurkan pada ayam @ daging. 
  2. Perap semalaman utk hasil yang lebih menyelerakan.
  3. Selamat mencuba...
, , , , , , , ,

Cekodok Susu

Bahan bahan :-

  • 2cwn tepung gndum
  • 2cwn air panas
  • susu pekat 3 sudu

 Cara cara membuat Cekodok Susu:-

  1. Gaul rata. Bulatkn kecik2 goreng.
  2. Siap.
  3. Nak Cicah gulai ikan semalam@sambal bilis pon sedap
, ,

Resepi Kek Lapis Chese Sedapppp.

Resepi Kek Lapis Chese


Bahan A:

  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g
  • 500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B:

  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Cara penyediaan Kek Lapis Chese :

  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
, ,

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

Puding Karamel 

Bahan bahan :-

  • 3 sudu besar gula pasir (gula hangus)
  • 1 Peket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 tin koktail buah-buahan

Cara cara membuat Puding Karamel:-

  1. Taburkan gula pasir didalam loyang kemudian, masakan sehingga keperangan, kemudian goyangkan loyang tu supaya gula hangus tu sekata disekeliling loyang. Ketepikan
  2. Kemudian dalam bekas lain susu cair, tepung kastard dan esen dikaucau sehingga tidak berketul.
  3. Lepas tu satukan dalam periuk agar-agar, air, susu pekat manis, gula.
  4. Kacau sehingga bahan-bahan masak mendidih, kemudian tuangkan kedalam loyang gula hangus.
  5. Bila dah sejuk sikit, masukkan dalam peti ais.
  6. Bila hendak dimakan, hidangkan bersama koktail buah-buah tadi.
, , , ,

Kek Buah Bakar



Kek Buah Bakar

Bahan bahan:
  • 150g mentega 
  • 120g gula perang / gula halus
  • 160g tepung gandum/cake/superfine *
  • 1sk baking powder *
  • 3 biji telur
  • 1sk orange paste
  • 3sb orange juice (saya guna sunquick)
  • 150g buah campuran
Cara membuat Kek Buah Bakar:
  1. rendamkan buah campuran dgn orange juice - ketepikan
  2. ayak bhn2 bertanda * - ketepikan
  3. pukul mentega + gula hingga kembang
  4. masuk telur satu persatu sambil pukul sebati
  5. masukkan tepung berselang seli buah sambil kaup balik dengan senduk (tp saya masuk tepung dulu,kaup balik sebati baru masukkan buah dan kaup balik sekadar rata,jgn terlalu lama nanti buah turun)
  6. masuk dlm acuan yg telah dilapik kertas, bakar 40-50 min @ 170C
  7. sejukkan, simpan dlm peti ais terlebih dahulu supaya mudah utk dipotong dan kek x hancur
, , , ,

Telur Bistik


 Telur Bistik
Bahan bahan :
  •  3bji-telur(pchkn tmbh 1/2 lbu b.bsar yg dmyang.. + scubit garam.. Goreng buat tlur dadar)
  • B.merah-2ulas
  • b.pth-2ulas
  • B.merah dn b.ptih tmbuk kasar.
  • Tomato segar-1/2bji(dipotong dadu)
  • 1sdu bsar-cili kisar.
  • Sos cili-2sdu bsar.
  • Kicap-2sdu bsar.
  • Sos tiram-2sdu bsar.
  • Mix vege-3sdu bsar.
  • Garam-secubit.
  • Air-1/2cwn
  • M.msk-3sdu bsar.

Cara memasak:
  1. Pnskn kuali dgn 3sdu bsar m.msk.. Tmis b.merah dn b.putih yg tlah dtumbuk td smpai naik bau.
  2. Msukkn cli kisar,tmis smpai pch mnyak,msukkn tomato yg tlh didadu,msukkn air biarkn tomato hncur dgn api prlahan. Kmudian,masukkn sos cili,kicap,sos tiram.. Msukkn mix vege,msk smpai empuk.. Tburkn scubit garam.
  3. Msk biar kuah agak pekat.. Angkt dn curahkn ats tlur dadar td.
  4. Siap. Sdp mkn dgn n.putih.
,

Singgang Daging Terengganu

Singgang Daging Terengganu
Singgang daging

Bahan bahan :

  • 2 kilo daging
  • 3ulas bwg merah
  • 10 ulas bwg putih
  • 2 bji cli besar
  • 20 bji cili api
  • 8 kping asam gelugor
  • 3inci lengkuas
  • 3inci kunyit tonkol
  • 1 sb ketumbar
  • 1sb lada hitam
  • 1sb jintan manis
  • Air,garam

Cara memasak Singgang Daging Terengganu :

  1. Smua bhan2 dketuk dan dmsukkan kdalam periuk,
  2. msuk kan air,gram,perasa..didih selama 1 jam..api kecil aje ya...
  3. bila dging empuk bleh lah angkat.
, , , , ,

Resepi Apam Susu Belang



Bahan - Bahan

  • 4 bj telur 
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu bsar ovalate
  • 1 cwn gula pasir
  • 4 sudu bsr susu pekat
  • 2 cwn tpung gandum
  • pewarna

Cara membuat Resepi Apam Susu Belang :

  1. Blend telur bersama esen vanila, ovalate, gula dan susu pekat smpai halus n kembang..
  2. Masukn tepung dan gaul sebati..
  3. Bahagi adunan  kpd beberapa bahagian dan warnakan..
  4. loyang tu, leset dengan majerin ckit..masuk adunan dlm loyang selang seli dan kukus dlm 45 minit..
, ,

Air Asam Ttomato Bunga Kantan


Bahan bahan:
  • cili padi 10 batang
  • cili merah 2 batang
  • bawang 1/2 buku
  • bawang putih 3 ulas
  • sangai kesemua bahan diatas
  • belacann secukupnya di bakar
  • tumbuk semua bahan di atas ni tomato 2 biji potong dadu halus2
  • perahkan air asam jawa
  • bunga kantan mayang halus
  • gula 2 sudu
 Cara cara:
  1. satukan semua bahan
  2. siap di makan bersama cencaru bakar.
,

Bubur asyura



Bubur asyura
 BUBUR ASYURA

Bahan-Bahannya:


  •     1kg tepung beras
  •     1kg gula pasir
  •     ½kg gula merah (masak dan ditapis)
  •     ½kg kacang kuda (direbus)
  •     1kg kacang hijau (direbus)
  •     ½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
  •     2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
  •     2kg pisang
  •     3 tongkol jagung segar
  •     1kg pati santan
  •     Garam secukup rasa
  •     2 helai daun pandan


Cara-Cara membuat Bubur asyura :

1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter air,kacau di atas api.
2.Masukkan pati santan dan daun pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
3.Masukkan gula pasir,gula merah dan garam.
4.Masukkan kacang hijau,kacang kuda, jagung dan keledek.
5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan kacau sehingga masak.
6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.
, , ,

Nasi Ayam Mudah dan Sedap

nasi ayam
Nasi Ayam Mudah dan Sedap

Bahan bahan:


Kuah Sup:

  • 1 ekor ayam - buang kulit dan potong 4
  • 1 biji bawang besar kuning - hiris
  • 3 bawang putih - hiris
  • 2 inci halia - hiris
  • Sup bunjut
  • Sedikit bawang goreng
  • Daun sup
  • Garam

  1. Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi. 
  2. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. 
  3. Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak. 
  4. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa. 
  5.  Tutup api dan keluarkan ayam. 
  6. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/daun sup.



Nasi Ayam:

  • Beras - basuh dan tos
  • Kuah sup
  • Daun pandan

  1. Masukkan air rebusan ayam dan daun pandan, 
  2. kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak. 
  3. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masuk 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya. 
  4. Tutup semula dengan nasi. Akhir sekali, kacau rata.



Sambal Cili:

  • 12 - 13 tangkai cili merah
  • 2 biji buah tomato
  • 3 sudu besar cuka
  • 3 sudu kecil garam halus
  • 4 sudu besar gula pasir

  1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam blender dan kisar sehingga hancur. 
  2. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.


Sambal Kicap:


  • Kuah sup
  • Kicap cap kipas udang

  1. Satukan kuah sup dan kicap secukupnya. 
  2. Masakkan di atas dapur buat seketika.



Ayam Goreng:

  • Ayam rebus - angkat dan tos
  • Kicap

  1. Lumur ayam dengan kicap dan goreng di saat hendak dihidangkan. 
  2. Angkat dan potong ayam mengikut suka hati. 
  3. Siap untuk dihidangkan bersama sayuran salad, timun dan buah tomato.
, , , , , ,

Butter Cream

Bahan bahan:
  • 150g marjerin
  • 350g krimwell
  • 3 sudu susu pekat
  • 4 sudu gula ising
  • 1/2 sudu teh ising vanila

Cara cara membuat Butter Cream:
  1. Campur semua dan pukul sampai ringan
  2. Ready for use..
,

Kek Gula Hangus Bersarang Semut


DALAM SEMUA SEMUA RESEPI SAYA NI.....KEK SARANG SEMUT INI LAH YANG MENJADI JUARANYA........KLU BUAT GERENTI JADIK DAN SEDAP!!!
mesti ramai yg suka makan kek ni kannn.... cuba buat!! mudah je...saper saper pun mesti boleh buat sebab dah ribuan org yg buat guna resepi nie semua menjadi.....malah sedap lazat nikmat lg...


KEK GULA HANGUS BERSARANG SEMUT
1 cwn gula ( klu nk kurang manis 3/4 gula)
1 cwn air panas
3 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(hati hati sebab dia akan meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
4 bijik telor
3/4 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila
Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 1 jam suhu oven 160%C api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.
atau
kukus selama 50-60 minit
**tips:
1. gula tu boleh dikacau, biarkan atas kuali gunakan senduk kacau dan jangan
biarkan sampai jadi warna koko gelap atau hitam. sebab nanti kek akan jadi terlalu pahit.
biarkan gula hangus tu jadi warna perang kemerahan sebab itu akan menjadikan kek anda cantik dan sedap. jgn risau, rasa dia akan sedap . tapi camana pun terpulang pada anda sebab warna gula hangus anda itu akan mempengaruhi rasa dan kecantikkannya.
2. PERHATIAN pukul telur jgn lama....dia akan keringkan kek, pukul sekadar telur kuning pecah n rata dah mencukupi 2-3 minit saja
masa masukkan susu dan tepung pun mesti kacau sekejap je sebab hasilnya nanti kek akan lembab n lembut....
warna kek nanti bergantung pada warna gula hangus yg anda buat nanti.
3.lagi satu tip mesti kena tutup tudung pengukus tu dengan kain disekelilingnya)
, , , , , ,