October 2013

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Ayam Masak Tomato

Ayam Masak Tomato

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
  • 3 sudu cili boh
  • 4 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dimayang
  • 1 biji cili hijau - dimayang
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit serbuk kunyit
  • air secukupnya
Bahan ditumbuk :
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 inci halia

Cara cara membuat Ayam Masak Tomato

  1. Ayam digaul dengan  kunyit dan sedikit garam. Biarkan seketika kemudian goreng hingga separuh masak. Ketepikan.
  2. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.Masukkan sedikit air jika perlu. Terpulang nak kuah byk mne.
  4. Masukkan ayam, sos tomato dan sos tiram. Gaul hingga sebati.
  5. Masukkan bawang besar, cili hijau, tomato dan kacau lagi bagi mesra.
  6. Biarkan panas seketika, kemudian bolehlah ditutup api.
  7. Siap untuk dihidang.
, , , ,

Resipi Kuih Siput


Kuih Siput

Bahan-bahan:
  • 1kg tepung gandum
  • 1 senduk margerin  - dicairkan dlm periuk
  • 1 sudu serbuk kari daging/ayam
  • 1 sudu sebuk cili
  • 5 sudu serbuk kari
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji telur
  • 2 sudu santan
  • Air secukunya
  • Daun kari 

Bahan kisar halus
  • 1 sudu ketumbar
  • 1/2 sudu kecil jintan mnis
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 5 tangkai Daun kari
  • 1 sudu udang kering

Cara-Cara membuat Resipi Kuih Siput :
  1. Campurkan tepung gandum dan mentega bersama bahan bertanda merah hingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan telur dan santan. Gaul hingga sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Tekan diatas acuan kuih siput.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga separuh masak, masukkan beberapa helai daun kari kedalam kuali. Goreng sehingga garing dan rangup.
  5. Dah masak, toskan minyak.Biarkan sejuk seketika sebelum disimpan.
, , ,

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese*

Kek  Coklat Kukus
Bahan untuk Cheese :
  • 200g cream cheese
  • 50g gula halus
  • 25ml air biasa
  • 25g tepung gandum
  • 1 biji telur
Cara cara membuat Kek Coklat Kukus:
  1. Cara Menyediakan Kek Coklat, Boleh rujuk DISINI. Ikut sampai cara cara no. 2 sahaja sebab nak mengukus perlu diselang seli dengan cheese.
  2. Cara Menyediakan Cheese :
  3. Campurkan semua bahan kecuali telur. Pukul sehingga kembang. Masukkan telur dan kacau lagi.
  4. Panaskan air untuk kukusan, kemudian masukkan adunan untuk kek dan kukus selama 20minit. Masukkan adunan untuk cheese di atas kek tadi dan kukus lagi 20 minit.
  5. Akhir sekali, masukkan adunan coklat dan kukus selama 30minit@ sampai masak.
  6. Siap untuk dihidang!!!
, , ,

Kek Coklat Karamel

Bahan-Bahan


Bahan karamel:
  • 2 sudu besar gula
Bahan Puding:
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur
  • sedikit esen

Bahan kek:


Bahan A:
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak
Bahan B:
  • 11/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
Bahan C:
  • 3 biji telur di pukul hingga kembang

Cara cara membuat Kek Coklat Karamel

  1. Untuk membuat karamel, 2 sudu besar gula pasir di tabur dlm loyang. Masak gula tersebut hingga cair. Pastikan karamel memenuhi ruang loyang.Gunakan api perlahan. Ketepikan.
  2. Kacau Bahan puding hingga sebati, kemudian masukkan  ke dalam karamel. Kukus selama 20 minit.
  3. Masak seketika Bahan A hingga semua bahan sebati. Bahan B diayak kemudian dicampurkan bersama bahan A dan Bahan C. Ketepikan.
  4. Semua bahan kek dimasukkan ke dalam puding yang telah siap dimasak tadi.
  5. Kukus selama 1 jam @ hingga masak.
  6. Dah masak biarkan ia sejuk seketika, kemudian bolehlah diterbalikkan.
  7. Simpan di dalam peti ais untuk mendapat lebih nikmat ketika masuk dalam mulut.
, ,

Kek Coklat Moist

Kek Coklat Moist

Anda boleh merujuk DISINI bahan dan cara untuk membuat Kek coklat moist. Hanya perlu ditambah untuk membuat topeng sahaja.


Bahan Topping :
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 sudu besar air panas
  • 1 sudu besar mentega 
Cara cara  membuat Kek Coklat Moist:
  1. Campurkan semua bahan tersebut dan cairkan.
  2. Adunan tersebut bolehlah dituang ke atas kek.Siap
  3. Untuk hiasan boleh ditabur manik untuk mecantikkan lagi kek tersebut.

, ,

Apam Gula Hangus

Apam Gula Hangus
Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 2 biji telur 
  • 2 sudu susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu mentega
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.

Cara cara membuat Apam Gula Hangus:
  1. Masak gula sehingga cair, kemudian masukkan sedikit air dan sejukkan.
  2. Masukkan telur,susu,minyak dan mentega dalam bekas dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan gula yang dicairkan tadi bersama soda bikarbonat. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan pula tepung gandum dan kacau lagi sehingga sebati.
  5. Tuang adunan di dalam loyang yang telah disapu minyak.Kukus adunan  selama 45 minit.
  6. Boleh ditambah tepung jika adunan sedikit cair.
  7. Selamat mencuba...

, , , , ,

Cucur Jagung Rangup


Cucur Jagung

 Bahan-bahannya:

  •  4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan biji jagung
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu cili boh
  • 1 biji telur
  • 2 cawan air

Cara-cara Cucur Jagung Rangup:

  1.  Masukkan jagung dan tepung ke dalam besen. Gaul rata.
  2. Masukkan telur, cili boh,  air dan garam gula secup rasa. Gaul hingga sebati. 
  3. Adunan jangan terlalu pekat @ terlalu cair. Elok2 melekat sikt boleh goreng..ok la tu.
  4. Lepas tu..bolehlah digoreng. Agak kuning sikit bolehlah diangkat
  5. Hidangkan.
, , , ,

Jemput Pisang Special


Bahan-bahan 

  • 1 ikat pisang emas
  • 2 sudu gula
  • 300g Tepung gandum
  • 1 sudu kecil bikarbonat soda
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1.  Penyet pisang sampai hancur, kemudian masukkan gula dan bikarbonat. Kacau rata seketika.
  2. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati.
  3. Siap untuk digoreng. Yang nie xperlu ajar la.
  4. Dah masak tu, bolehlah dimakan Jemput Pisang 
, , , , , ,

Kuah sate Haji Samuri


Untuk kuah Sate Samuri
  • ½ kilo kacang mentah - digoreng dan tumbuk kasar
  • 2 ketul gula melaka
  • Air asam jawa - 2 sudu asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan dihiris kemudian dikisar :
  •  5 tangkai cili kering - dikisar saja
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1  inci halia


Cara membuat kuah Sate Samuri
  1. Hiris semua bahan dihiris, kemudian goreng dan kisar halus. Cili kering xperlu digoreng, terus kisar saje.
  2. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah. Kacau rata di dalam periuk.
  3. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
  5. Kepekatan boleh diubah ikut citarasa. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
  6. Kuah kacang biasanya sedikit manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan sate ayam.
  7. Apabila mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik minyak sambil dikacau sekali sekala
, , , , , , ,

Puding kek kastad istimewa


Bahan-Bahan:

  • 1 biji kek mentega
  • 100g tepung kastard
  • 1/4 tin susu pekat1/4 tin susu cair
  • 1 tin airSedikit mentega

Cara Menyediakan Puding kek kastad:


  1. Semua bahan kecuali kek dicampur dan dikacau di atas api perlahan sehingga pekat.
  2. Leserkan mentega pada acuan, kemudian susun kek mentega dalam acuan. Tuang masakan tadi di atas kek tersebut.
  3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150 Celsius selama 8 - 10 minit.
  4. Siap untuk dihidang. Boleh juga dimakan dengan sos kastard.
, , , , ,

11 Makanan Kegemaran Rasulullah SAW



  1. Barli - Boleh menyejukkan badan. Terutama ketika demam.
  2. Kurma - Rasulullah memberi gambaran, rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tiada makanan.
  3. Buah Tin - Boleh mengubati buasir dan merupakan buah dari syurga.
  4. Anggur - Boleh mencuci perut, menguatkan buah pinggang dan mencuci darah.
  5.  Madu - Merupakan ibu segala makanan dan boleh menyihatkan badan. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
  6. Tembikai - Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
  7. Susu - Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
  8. Cendawan - Untuk menjaga kesihatan mata.
  9. Minyak Zaitun - Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
  10. Delima - Mengelakkan gangguan bisikan syaitan selama 40 hari.
  11. Air - Minuman kesihatan yang diakui juga oleh doktor pada masa sekarang.
,

Resepi Biskut Batang Buruk

Biskut Batang Buruk
Biskut Batang Buruk

Bahan-bahan:

  • 500g tepung gandum
  • 250g tepung beras
  • 2 cawan santan @ 1 biji kelapa
  • 500g kacang hijau
  • 3500g gula (kisar)
  • 3 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan Biskut Batang Buruk:

  1. Masak santan sehingga mendidih. Kemudian sejukkan. Ketepikan.
  2. Kisar kacang hijau sehingga halus, kemudian campurkan dengan gula. Ketepikan.
  3. Gaul tepung dengan santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.
  4. Canai  nipis dan potong ikut saiz 3cm x2cm. Masukkan campuran gula serta kacang hijau kemudian gulung.
  5. Adunan sedia untuk digoreng.
  6. Siap
, ,

Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap 

Bahan-bahan:

  • 5 ketul paha ayam
  • minyak masak
  • kicap pekat manis secukupnya
  • garam secukupnya
  • kunyit secukupnya 
Bahan A:
  • 1 labu  bawang besar  dihiris nipis
  • 3 ulas bawang puting  dimayang 
  • 1cm halia  dicincang halus
  • 3 biji cili padi dipotong dua
  • 2 batang cili hijau

Cara-cara Ayam masak kicap:

  1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit. Biarkan seketika. Kemudian goreng separuh masak. Ketepikan.
  2.  Tumis bahan A sehingga naik bau. Masukkan ayam dan kicap. Biarkan sehingga ayam masak. Kacau sekali sekala.
  3. Siap untuk dihidang. Simple ajekan....
, , , , ,

Tomyam Ayam

Tomyam Ayam

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor Ayam  dipotong kecil-kecil
  • 1 inci Lengkuas 
  • 1 bungkus Perencah Tomyam
  • 5 helai  Daun limau purut 
  • 2 sudu  Minyak 
  • 3 batang Serai diketuk
  • 2 biji Bawang besar dipotong bulat
  • 3 biji Tomato dipotong 4
Bahan A:
  • 3 ulas Bawang putih diketuk
  • 1 inci Belacan ditumbuk lumat
  • 2 sudu Cili boh 

Cara-cara penyediaan Tomyam ayam 

  1. Rebus ayam bersama lengkuas hingga masak. Ketepikan.
  2. Tumis bahan A hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam yang telah direbus. Masukkan air rebusan ayam mengikut kepekatan yang dikehendaki. Masukkan perencah tomyam, daun limau purut, serai, bawang besar dan tomato.
  4. Selesai
, , , ,

Ayam Masak Kari

 Ayam Masak Kari 

Bahan-bahan:

  • ayam
  • bwg kecil-dihiris
  • bwg pth-dihiris
  • halia-dimayang
  • cili kering-blend
  • awas menumis campuran-bunga lwg,kayu manis,jintan,halba etc
  • kentang belah 4
  • serbuk kari
  • santan
  • daun kari
  • garam gula ckp rasa
  • sedikit minyak utk menumis
  • air asam jawa

Cara-cara membuat Kari Ayam:

  1. Tumiskan bwg kecil,bwg putih,halia,cili,awas menumis,kentang dan sedikit daun kari hingga naik bau
  2. Sementara itu bancuhkan serbuk kari bersama garam, gula dan air asam jawa. Kacau sebati dan tuangkan ke dlm periuk tadi dan kacau. Biar seketika
  3. Bila dah mendidih masukkan ayam dan santan. Kecilkan api dan tutup periuk, biar 10 minit.
  4. Bila dah masak angkat dan hidangkan
, , , , , ,

Puding Karamel

Puding Karamel
Puding Karamel
Bahan-bahan:
  • 400ml susu segar/susu cair
  • 5 sudu  gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 biji telur kuning
  • 3 titik esen vanila 
 Bahan Karamel
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air


Cara-cara membuat Puding Karamel :
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula. Kacau  sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan tapi jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais - iamnyssa.blogspot.com
, , , ,

Resepi Sate Kajang (Sate Ayam) Haji Samuri


Sate Kajang
Berikut adalah resepi Sate/satay Ayam ala Haji Samuri Kajang

Bahan Sate Samuri

  • 1 ekor ayam -  dipotong 12
  • 1 cawan gula pasir
  • 5 sudu teh garam

 Bahan dikisar halus :
  • ½ kg bawang merah
  • 50g jintan manis
  • 30g jintan putih
  • 300g lengkuas
  • 200g halia
  • 50g kunyit 
  • 5 batang serai


Cara masak sate/satay Samuri:

  1. Perap ayam bersama bahan yang dikisar  sekitar 6jam.
  2. Kemudian bolehlah dibakar hingga masak. Arang mesti dibakar hingga tinggalkan bara sahaja.
  3. Gunakan kipas untuk menstabilkan haba apabila membakar sate.
  4. Renjiskan air perapan dan minyak dengan serai yang diketuk. Ini dapat melembutkan ayam dan nampak berminyak. Barulah lebih selera nak makan tu.
  5. Apabila dah agak kekuningan bolehlah diangkat
  6. Hidangkan bersama kuah sate  Haji Samuri dan nasi impit.
, , , , ,

Resepi Sate ayam


Resepi Sate ayam
Resepi Sate ayam
Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
  • 500g ayam tanpa tulang - dipotong kecil2
  • 1/2 sudu teh garam
  • 40g gula
  • lidi sate (direndam dgn air)
  • 3 sudu  minyak


Bahan dikisar:-
  • 4 biji bawang merah
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 biji buah keras
  • 1 cm lengkuas
  • 1/2 sudu ketumbar-disangrai
  • 1/2 sudu teh jintan manis-disangrai
  • 1/2 sudu teh jintan putih-disangrai
  • 2 sudu air asam jawa
  • 4 sudu santan
  • 1 batang serai - untuk merenjis ketika membakar

Cara-cara penyediaan Resepi Sate ayam

  1. Ayam diperap dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam.
  2. Cucuk ayam pada lidi sate.
  3. Bahan perap tadi yang lebih dicampur dengan  minyak untuk direnjis semasa membakar sate.
  4. Bakar hingga masak dan siap untuk dimakan bersama nasi impit dan kuah kacang.
, , , , , ,

Resepi Kek Cawan Coklat Kukus *



Kek Cawan Coklat

Bahan-bahan untuk resepi kek cawan coklat kukus :


Bahan A
  • 150g minyak masak
  • 180g susu cair
  • 200g gula kastor
  • 200g susu krimer manis
  • 1 sudu teh emulco coklat

Bahan B
  • 50 gm serbuk koko
  • 90 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik


Bahan C
  • 3 biji telur

Hiasan Kek
  • 1 bar coklat masakan atau aising kek
  • Coklat chip atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek cawan coklat


Cara-cara Membuat Kek Cawan Coklat Kukus :

  1. Masak bahan A dengan api perlahan sehingga semua bahan sebati dan gula menjadi hancur. Jangan sampai mendidih. Angkat dan biarkan suam.
  2.  Pukul telur sehingga kembang dan masukkan ke dalam bahan tadi. Kacau sehingga sebati.
  3. Bahan B di ayak dan dimasukkan ke dalam adunan A. Kacau  hingga adunan menjadi licin. Biarkan selama 20 minit
  4. Tuangkan adunan ke dalam cawan-cawan kecil @ bekas aluminium dan kukus sehingga masak kira-kira  20 minit.
  5. Gunakan lidi untuk memastikan kek dah masak @ belum.
  6. Cairkan bar coklat dan sapukan di atas kek sebagai hiasa. Letakkan cip coklat di atsnya. Simpan didalam peti ais untuk mengeraskan cip coklat tersebut.

, , , ,