June 2013

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Resepi Biskut Almond London Rangup*

Biskut Almond London
Bahan-bahan:
  • 250gm mentega
  • 100gm gula kaster 
  • 50gm nestum - dikisar halus
  • 100gm tepung jagung
  • 200gm tepung gandum
  • Kacang badam secukupnya - digoreng
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Almond nib secukupnya sbg hiasan. 
  • Coklat masakan
  • Papercup 

Cara-cara membuat Biskut Almond London :

  1. Kacau mentega dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan nestum dan kacau sekadar adunan sebati
  3. Masukkan tepung jagung serta esen vanila dan gaul lagi hingga sebati
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut
  5. Biarkan dalam 20 minit dengan ditudung kain yang lembap
  6. Ambil sedikit doh dan isi badam dan bentukkan supaya menjadi bujur
  7. Bakar pada suhu 170 selama 20 - 25 minit

Untuk salutan coklat:
  1. Cairkan coklat masakan dan masukkan kedalam mangkuk. 
  2. Celupkan biskut ke dalam coklat masakkan kemudian letak di dalam papercup. 
  3. Tabur almond nib diatasnya untuk hiasan.
  4. Biarkan sehingga coklat beku sebelum disimpan dalam tabing.
, ,

Kuih Lompang



Kuih Lompang
Kuih Lompang


Kuih yang tak lapuk di telan zaman oleh kerana rasa yang unik dan tersangat enak jika kena pada buatan nya. Resipi Kak Hanieliza ni memang terbaik... Along sangat puas hati, seperti yg di idamkan, kuih lompang mesti berlubang di tengah dan tekstur nya lebih lembut di tengah nya seolah2 puding. Manis nya juga sedang2 dan sesuai dgn selera Along. Terima-kasih ya KakLiza.



Resipi ditaip semula utk mudah rujuk & Along separuhkan dari resipi asal
Bilangan: 2 dozen

BAHAN2:

  • 1/4 cwn Gula Pasir*
  • 1/4 cwn Gula Merah*
  • 1 helai Daun Pandan*
  • 2 cwn Air* (* Masak sehingga gula hancur untuk jadikan sirap & sejukkan) 
  • 1 cwn Tepung Beras
  • 1/4 st Air Kapur
  • Kelapa Muda Parut


CARA2:

  1. Campurkan tepung, air kapur & sirap gula sehingga sebati. Tapis.
  2. Tuangkan ke dlm acuan2 kecil & kukus 20 minit.
  3. Hidangkan dgn kelapa parut.



sumber
, ,

Kerabu Mangga Sotong

 
Kerabu Mangga Sotong 


Bahan-bahan :

  • 2 biji mangga muda - diparut
  • 2 ekor sotong- bersihkan dan rebus
  • 2 batang cili - hijau dan merah
  • 1 labu bawang besar - dipotong halus
  • 5 sudu cuka
  • Gula dan garam secukup rasa
  • sedikit belacan - Jika mahu

Cara-cara penyediaan  Kerabu Mangga Sotong 

  1. Gaulkan semua bahan kecuali belacan. Kemudian gaul hingga rata.
  2. Masukkan sedikit belacan untuk menambahkan rasa
  3. Kerabu mangga siap untuk dihidangkan
, , , , ,

Resepi Puding Roti Cinnamon

Puding Roti Cinnamon

Bahan-bahan :

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur 
  • 2 1/2 sudu  gula 
  • 1 sudu mentega  
  • 200ml susu segar  
  • 1 sudu kecil cinnamon powder 
  •  esen vanilla
  • 2 sudu kismis
  • chocolate syrup Hershey's -optional

Cara-cara Puding Roti Cinnamon:

  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan mentega dan susu. Gaul sehingga rata.
  2. Masukkan cinnamon powder dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  3. Carikkan roti dan masukkan ke dalam adunan. Biar semua roti tenggelam.
  4. Masukkan kismis dan gaul sehingga rata.
  5. Masukan adunan ke dalam acuan muffin yang telah dileset minyak
  6. Panaskan oven kemudian masak sekitar 10-15 minit.
  7. Bila sejuk, letakkan  chocolate syrup Hershey's.
, , , , ,