December 2013

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Resepi Jem durian

Hari ni pi kebun, dapat banyak gak durian. Duk pikir la apa nak buat nie. nak simpan lama xsedap dah nanti. Last2 buat lah jem durian. Simpan lama pun xape. Xbasi.

Bahan-bahan:

  • 8 biji Durian
  • 1 cawan Gula
  • Sedikit Garam

Cara-cara membuat Resepi Jem durian:
  1. Kopek durian, ambil isi masuk dalam kuali. Sekali dengan biji. Kacau hingga semua isi hampir hilang dari bijinya. Masak dengan api perlahan.
  2. Masukkan Gula. Gaul hingga sebati. Biji durian yang dah terasing dari isi, bolehlah dikeluarkan satu persatu. 
  3. Masukkan garam secukup rasa. Kacau hingga benar2 pekat. Siap.
  4. Sedap dimakan bersama roti.

, , , ,

Resepi kuah laksam

Resepi kuah laksam
Bahan-bahan:
  • 1kg ikan selayang / kembung direbus dan ambil isinya sahaja
  • 1kg santan pekat
  • garam dan gula  
Bahan kisar:
  • 2in halia
  • 9 biji bawang merah
  • sedikit lada hitam

Cara-cara masak kuah laksam:
  1. Masukkan santan kedalam periuk bersama isi ikan, bahan kisar dan air. Masak menggunakan api perlahan.
  2. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga masak. Kacau sekali-sekala.
  3.  Siap.

Ulam-ulaman (dipotong halus @ diracik)

  • Timun
  • Kacang panjang
* Satukan kedalam bekas dan gaul rata
 Sedap dimakan dengan belacan, asam limau dan cili boh
, , , ,

Resepi Ikan Haruan Asam Kukus

Resepi Ikan Haruan Asam Kukus
 Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan haruan
  •  air asam jawa
  • 3 sudu minyak jagung
  • 2 sudu kicap cair
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil tepung jagung  dicampur sedikit air
  • 1 tangkai daun kesum
  • 1 batang bunga kantan dihiris
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar :
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm kunyit hidup
  • 1cm lengkuas
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk

Cara menyediakan  Ikan Haruan Asam Kukus:
  1. Gaul ikan bersama garam dan serbuk lada hitam. Perap selama 30 minit. Kemudian kukus sehingga masak. Ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air asam jawa, kicap, gula dan garam. Tunggu sehingga mendidih, masukkan tepung jagung, daun kesum dan bunga kantan. Kacau hingga pekat.
  3. Apabila sudah masak, tuang di atas ikan kukus tadi. Siap
,

Kek Batik Coklat

Kek Batik Coklat
Bahan-bahan:

  • 250g milo
  • 300g butter
  • 3 sudu serbuk koko
  • 1 tin susu pekat manis
  • biskut meri secukupnya
Cara-cara membuat  Kek Batik Coklat:
  1. Cairkan marjerin dalam kuali. Masukkan milo dan susu sedikit demi sedikit. Kacau hingga semua bahan sebati.
  2. Masukkan serbuk koko. Kacau hingga tiada yang berketul lagi.
  3. Tunggu sehingga sedikit berkerak dan padamkan api.
  4. Susun biskut meri di dalam loyang, tuang adunan coklat tadi. Susun lagi biskut meri dan lapiskan dengan adunan coklat. Ulang langkah ini hingga seberapa tinggi anda mahukan.
  5. Simpan didalam peti ais supaya cepat keras.
  6. Siap untuk dipotong dan dihidangkan. Kek Batik Coklat sedia dimakan
, , , , , , ,

Pulut Kelapa Manis

Pulut Kelapa Manis
Bahan -bahan:
  • 2 cawan pulut 
  • 3 sudu santan pekat
  • Garam
  • 4 sudu  gula pasir
  • 6 sudu gula merah
  • 1/2 cawan air 
  • 1 biji kelapa muda parut

Cara- cara  membuat Pulut Kelapa Manis:
  1. Rendam beras pulut semalaman. Toskan. Gaul beras pulut bersama santan dan sedikit garam.
  2. Kukus hingga masak. Sejukkan.
  3. Untuk inti kelapa manis, masukkan gula pasir, gula merah dan air ke dalam kuali. Masak hingga gula hancur. 
  4. Masukkan kelapa parut dan gaul hingga semua sebati. Kacau hingga agak kering. Biarkan ia sejuk.
  5. Siap untuk dimakan bersama pulut. Letak kelapa manis di atas pulut.
  6. Selamat menjamu selera..
, ,

Resepi Tart Nenas Gulung

 Tart Nenas

Bahan-bahan:

  • 1 ketul buttercup
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1/4 tin kecil ghee
  • 2 biji kuning telur
  • 1/4 tin susu pekat manis
  • sedikit pewarna kuning
Inti Nenas:
  • 1 biji nenas
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Gula secukupnye (bergantung kepada manis nenas)
  • sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan inti tart nenas:
  1. Blender nenas.
  2. Masukkan nenas yg telah diblender bersama-sama airnye,kulit kayu manis,pewarna kuning dan gula kedalam periuk.Kacau sehingga pekat dan boleh gentel.Air dimasak sekali supaya tidak hilang rasa masam manis nenas tadi.
Hiasan:
  • 1 biji telur

Cara sediakan biskut Tart Nenas Gulung:

  1. Pukul butter,ghee & susu hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur & pukul rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan pewarna.
  4. Masukkan inti nenas kemudian bentukkan.
  5. Akhir sekali bakar.
, , , ,

Ikan Siakap Masak 3 rasa

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 5 biji cili kering (nk pedas tambah lg)
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • sedikit halia
  • sedikit perencah tomyam
  • sedikit belacan
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 1 sudu sos tiram
  • 4 sudu sos cili
  • sedikit kicap
Untuk kuah - potong dadu
  • 1 batang lobak merah
  • 1/2 biji nenas
  • 2 biji tomato
  • 1/2 biji cili benggala
  • 1 biji bawang besar

Cara Penyediaan Siakap 3 rasa:

  1. Goreng ikan sehingga masak.
  2. Blender bawang merah,bawang putih,halia& belacan.Ketuk serai.
  3. Tumis bahan blender hingga naik bau.Masukkan sedikit sos tiram.Masukkan serai yg telah diketuk.
  4. Bila masak masukkan  air,sos cili,sedikit kicap  bersama-sama bahan kuah kecuali bawang besar & tomato.Bila dah layu sikit baru masuk bawang besar bersama-sama tomato.
  5. Masukkan daun limau purut,garam secukup rasa.
  6. Masukkan ikan bila dah pekat sikit & angkat.
  7. Sedia untuk dihidang.

, , , , , , , ,

Ikan Goreng Berlada - Resepi Pantai Timur

Ikan Goreng Berlada

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan sardin / kembung @ ikan tongkol
  • 3 sudu cili boh
  • 3 sudu bawang merah dikisar
  • garam secukup rasa
  • minyak

Cara-cara masak Ikan Goreng Berlada

  1. Gaul cili bersama bawang merah dan garam secukup rasa.
  2. Leser bahan tersebut pada ikan. Biarkan seketika supaya rempah sebati dengan ikan.
  3. Goreng dengan minyak panas. Siap. Boleh dimakan bersama nasi putih.

*xpernah pula jumpa masakan nie kat utara. Goreng kunyit ada la...
, , ,

Ikan Tongkol Goreng Lada Hitam

Bahan-Bahan:
  • 5 keping ikan tongkol
  • serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • minyak masak 
  • 3 batang kacang panjang dipotong pendek
  • 1 1/2 sudu lada hitam ditumbuk kasar
  • 1 tangkai cili merah dipotong serong
  • 1 tangkai cili hijau dipotong serong
  • 2 biji tomato  dibelah 4 
  • Daun sup dihiris halus
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat

Bahan Hiris:

  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan Sos:

  • 3 sudu kicap pekat manis
  • 3 sudu sos lada hitam
  • 1 cawan air
  • Garam

Cara-cara memasak Ikan Tongkol:

  1. Gaul ikan bersama kunyit dan garam, biarkan seketika. Kemudian goreng. Angkat. Ketepikan. 
  2. Tumis bahan hiris hingga layu. Gunakan minyak menggoreng tadi. Masukkan bahan untuk sos. Gaul rata.
  3. Masukkan kacang panjang, lada hitam dan cili. Gaul hingga rata dan sedikit layu. Masukkan ikan.
  4. Apabila dah sebati, masukkan bawang besar dan tomato. Rasa masam manis dia. Kalau perlu tambah sedikit garam@gula.
  5. Tabur daun sup apabila dihidangkan.
, , , , , , ,

Roti Manis

Roti Manis
Bahan-bahan:
  • 5 cawan Tepung
  • 2 sudu Susu tepung
  • 3/4 cawan Gula
  • 1 sdu kecil Garam
  • 2 sudu Majerin
  • 11g Yis
  • 2 bijiTelur
  • 1 cawan Air suam
Cara-cara membuat Roti Manis:
  1. Gaul tepung bersama susu tepung, gula garam dan marjerin hingga menjadi serbuk roti. Buat lubang, masukkan yis dan air suam sedikit demi sedikit. Masukkan telur.
  2. Uli selama 15 minit. Bentukkan menjadi bulat dan sapukan sedikit marjerin disekelilingnya. Biarkan selama 1jam @ doh menjadi sekali ganda.
  3. Tumbuk doh untuk membuang angin didalamnya. Bentukkan bulat dan susun didalam loyang
  4. Tunggu lagi sampai doh naik.
  5. Pukul telur bersama air dan sapu ditas roti. Bakar dalam oven dengan suhu 170 C selama 15 minit@ kekuningan. Apabila sudah masak, keluarkan dan sapukan planta di atas roti @ boleh juga ditabur gula.
, , ,

Ayam masak Merah + Madu


Ayam masak Merah + Madu
Bahan-bahan:
  • 500g ayam
  • minyak masak
  • 2 sudu cili sos
  • 3 sudu madu
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 biji cili merah dihiris serong
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • Garam secukup rasa
  • Air 
Bahan Kisar halus:
  • 5 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • sedikit halia
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara penyediaan 
Ayam masak Merah + Madu:
  1. Gaul ayam bersama kunyit dan garam. Perap seketika. Kemudian goreng separuh masak. Ketepikan
  2. Tumis bahan kisar hingga naik minyak. Masukkan sos cili, madu dan sedikit air. Tunggu sehingga mendidih.
  3. Masukkan ayam goreng tadi, serbuk lada hitam,bawang dan cili. Gaul bagi rata.
  4. Pekat mana nak tu, ikut selera lah. Kalau perlu tambah sedikit air. Siap.
, , , , , , , , ,

Pau kukus simple

 Resepi yang ingin dikongsi hari ini Pau kukus simple


Bahan-bahan:
  •     3 sudu minyak masak
  •     2 cawan tepung gandum
  •     2 sudu yis mauripan
  •     2 sudu susu pekat manis
  •     1 sudu gula
  •     1/2 cawan air suam
  •     sedikit garam

Cara-cara membuat  Pau kukus:

  1.  Masukkan yis, air suam dan gula  kedalam satu  bekas. Kacau dan biarkan 10 minit sehingga berbuih.Ketepikan.
  2. Gunakan bekas lain masukkan tepung gandum, susu pekat minyak masak dan sedikit garam. kacau seketika.
  3. Masukkan campuran yis tadi. Uli hingga menjadi doh, kemudian bentukkkan bulat.
  4. Biarkan hingga doh naik. Tutup dengan plastik.
  5. Leperkan doh, masukkan inti. Biarkan dia mengembang lagi.
  6. Kukus pau tersebut selama 10 minit. Siap.
, , , , ,

Laksam Ganu

Laksam Ganu

Bahan-bahan:

  • 6 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 8 cawan air suam

Cara-cara masak Laksam Ganu:

  1. Campur dan kacau semua bahan hingga sebati.
  2. Lenserkan minyak pada tudung periuk.
  3. Tuang tepung ke atas tudung periuk dan kukus selama 4 minit.
  4. Bila dah masak, angkat dan gulung laksam tersebut
Resepi Kuah Laksam...
, , ,