November 2013

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan: 
  • 1 mangkuk ikan bilis 
  • 2 labu bawang besar dihiris 
  • Air secukupnya
  • Sedikit air asam jawa 
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • Minyak masak
Bahan dikisar
  • 15 tangkai cili kering 
  • 7 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih

Cara penyediaan Sambal Tumis Ikan Bilis 
  1. Goreng ikan bilis sehingga garing, toskan, Ketepikan.
  2. Guna minyak tersebut untuk menumis. Masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga naik bau. Masukkan cili dan masak sehingga pecah minyak.
  3.  Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
  4. Jika perlu tambah sedikit air. Tumis sehingga mendidih, masukkan ikan bilis goreng tadi.
  5. Masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang layu. Kepekatan kuah boleh ikut citarasa yang nak makan tu.
  6. Ulaman yang boleh dihidang bersama seperti kacang goreng, hirisan timun dan telur rebus.
  7. Siap untuk dihidang 
, , , ,

Nasi Lemak Kukus

Nasi Lemak Kukus
 Nasi Lemak Kukus

Bahan-bahan: 

  • 5 cawan beras
  • Santan pekat
  • 3 helai daun pandan 
  • 1 inci halia  dihiris 
  • Garam secukup rasa 

Cara penyediaan Nasi Lemak Kukus

  1.  Gaul santan bersama garam secukup rasa dan halia. Ketepikan.
  2. Rendam beras yang siap dicuci selama 2 jam. Kemudian kukus beras tersebut hingga separuh masak.
  3. Angkat beras dan rendam didalam air hingga air itu sejuk.
  4. Kukus sekali lagi selama 10 minit.
  5. Keluarkan beras dan gaul bersama santan tadi. Biarkan 10 minit supaya santan menyerap ke dalam beras.
  6. Kukus sekali lagi bersama daun pandan hingga masak. Nasi jadi sebijik2, kurang melekat.
  7. Siap. Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis klik DISINI.
** Alas daun pisang semasa mengukus.
, , , , , , ,

Pecal

Bahan-bahan:
  • 4 rantai kacang panjang
  • 1/2 biji timun
  • 1 keping tauhu
  • 1/4 biji sengkuang
  • 1 biji telur rebus
  • 4 pokok kangkung
Bahan untuk kuah:
  • 1/2 cawan kacang tanah
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 1 camca teh asam jawa
  • 2 cawan besar gula
  • 1 biji cili merah
Cara penyediaannya:
  1. Gorong bawang,cili,belacan,bawang merah & bawang putih. Biar layu sedikit.
  2. Goreng kacang tanah.
  3. Tumbuk bahan gorengan tadi kecuali kacang.Kacang blender tapi jangan hancur sangat.
  4. Gaul sebati dan masukkan belacan,asam jawa & gula.Tuang air mendidih.
  5. Basuh dan potong sayur.Kacang panjang,kangkung dan taugeh celur.
  6. Tauhu digoreng.
,

Nasi Ayam mudah

Nasi Ayam mudah
Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras
  • 2 kiub stok ayam
  • 5 ketul ayam 
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 helai daun pandan
  • 1 sudu mentega
  • sedikit halia
  • Garam 

Bahan Ulam:
  • 2 biji buah tomato
  • 1 batang timun batang

Cara-cara membuat 
Nasi Ayam :
  1. Cincang ayam menjadi ketulan halus kemudian gaul dengan garam. Biarkan seketika.
  2. Masukkan semua bahan kedalam periuk nasi elektrik dan biarkan sampai masak. 
  3. Biasanya butang "COOK" perlu ditekan 2x sebelum semua bahan benar2 masak.
  4.  Setelah masak, bolehlah dimakan bersama sos cili, buah tomato dan timun batang.
  5. Timun dan tomato potong bulat2.
, , , ,

Puding karamel butterscotch

Puding karamel butterscotch

Bahan-bahan:
  • 4 sudu gula
  • 2 sudu  air panas
  • 4 biji telur
  • 3 keping roti butterscotch
  • 1 tin susu cair
  • 250ml air
  • 3 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh  butterscotch essence

Cara-cara menyediakan Puding karamel: 
  1. Masak gula bersama air panas hingga menjadi gula hangus@karamel. Tuang ke dalam loyang. Biarkan.
  2. Carik2kan roti, kemudian kisar roti tersebut bersama susu cair hingga halus. Kemudian tuang ke dalam satu mangkuk. 
  3. Pecahkan telur dan kacau bagi sebati dalam satu bekas lain. Tapis ke dalam adunan tadi.
  4. Masukkan air, susu pekat dan butterscotch essense  dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang karamel tadi.
  6. Kukus selama 30minit@ hingga masak.
  7. Apabila dah masak, biarkan ia sejuk seketika. Terbalikkan kedalam pinggan.
  8. Simpan dalam peti ais..


, , ,

Aiskrim with whipping krim


Bahan-bahan:
  • 300 grm whiping krim
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1sudu teh esen vanilla.
 Cara Membuat Aiskrim with whipping krim:
  1. Putar semua bahan sampai kembang. Bahagikan kpd 3 adunan.
  2. Letak perisa apa2 yg anda suka.
  3. Simpan dalam peti ais sehingga beku. Dalam 1hari la.
*Resepi ini dari pakar masakan Cg Rita

Biskut Almond London

 Biskut Almond London

Bahan-bahan:

  • 1 pek buttercup
  • 110 g gula aising
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 300 g tepung gandum (diayak)
  • 180 g tepung jagung (diayak)
  • 40 g serbuk badam
  • 200 g badam bakar (bakar dengan api kecil)
  • mangkuk kertas
Bahan Hiasan:
  • 400 g coklat masakan
  • 60 g badam cincang
  • 1 sudu lemak sayuran/ buttercup

Cara penyediaan Biskut Almond London:

  1. Pukul buttercup,gula aising,telur dan esen vanila hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta serbuk badam.Uli perlahan-lahan menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil sedikit adunan, isikan ditengah-tengah dengan badam bakar dan bulatkan. Atur dalam tin pembakar.
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit atau hingga masak.Biar sejuk.
  5. Untuk hiasan. Cairkan coklat masakan dan lemak sayuran/buttercup dalam periuk. Buat double boil.
  6. Letak biskut dalam mangkuk kertas.Sudukan sedikait coklat dan tabur badam.

, , , ,

Resepi Sup ikan Haruan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan haruan
  • 2 cawan air
  • 2 sudu minyak jagung
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 keping asam keping
Bahan  A ditumbuk
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 cm halia  

Bahan B
  • Daun bawang
  • Daun Sup
  •  Garam 
Cara menyediakan Sup ikan Haruan:
  1. Potong dan bersihkan ikan dengan air asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir.
  2. Panaskan minyak jagung, Kemudian tumis bahan A hingga naik bau. Masukkan air. 
  3. Apabila dah mendidih, masukkan bahan lain. Kacau dan biarkan seketika.
  4. Apabila sudah masak masukkan bahan B. kacau seketika. Siap.



, , , , , , ,

Tonton filem boleh membakar kalori


Satu kajian yang dibuat di London membuktikan menonton sebuah filem boleh membakar sehingga 200 kalori. Kajian dibuat menumpukan kepada penggunaan tenaga ketika menonton.

Hasil yang diperolehi ialah denyutan nadi penonton meningkat lebih laju dan menghasilkan adrelin. Proses ini meningkatkan pembakaran kalori sebanyak 30%.

Nasi Ayam

Nasi Ayam

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras basmathi
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • garam secukupnya
  • 2 cawan air rebusan ayam

Cara penyediaan Nasi Ayam:

  1. Beras dicuci kemudian ditoskan.
  2. Bawang besar dihiris.
  3. Bawang putih dan halia ditumbuk.
  4. Masukkan minyak sapi. Tumis bawang besar dan bahan2 yang ditumbuk tadi.
  5. Bila dah garing, tuang air rebusan ayam, masukkan garam.
  6. Apabila dah mendidih, masukkan beras.
Cili Sos
  • 4 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 camca besar gula
  • 1 camca besar cuka
Cara-cara:
Blender cili merah dan bawang putih.Campur dengan bahan2 lain.Kacau hingga sebati.

Bahan Ayam Goreng
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih - digiling
  • 4 ulas bawang merah - digiling
  • sedikit kicap
Cara penyediaannya:
  1. Ayam dibersihkan dan dipotong dua.
  2. Perap ayam dengan separuh bahan giling selama 15 minit.
  3. Tuangkan air ke dalam periuk dan rebuskan ayam. (guna air rebusan untuk masak nasi.Selebihnya untuk buat sup)
  4. Rebuskan ayam hingga masak,keluarkan.Kemudian lumurkan ayam dengan bahan giling & kicap.
  5. Goreng ayam
Bahan Sup
  • 1 camca teh jintan manis
  • 1 camca teh jintan putih
  • 1 camca teh lada hitam
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
Cara
  1. Semua bahan diblender dan ambik air shj.
  2. Ambil air rebusan ayam tadi,kemudian masukkan bahan2 yang diblender dan ditapis ke dalam air rebusan dan masukkan garam secukup rasa.
  3. Apabila mendidih.sedia untuk dihidang.


, , , ,

Nasi Arab

Nasi Arab
Nasi Arab

Bahan-bahan:

Penyediaan Stok Tulang
  • 1 1/2 kg tulang lembu yg ada daging
  • 15 biji buah pelaga
  • 15 kuntum bunga cengkeh
  • 15 biji lada hitam
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 3 helai bay leaves
  • 1 inci halia (dihiris)


Penyediaan Nasi Arab
  • 3 cawan beras basmathi
  • 3-4 cawan stok tulang
  • 2 sudu minyak sapi
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkeh
  • 5 biji lada hitam
  • sedikit biji gajus (ikut citarasa)
  • sedikit garam
Penyediaan Salata Hara
  • 2 biji tomato
  • 2 cili merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • sedikit daun ketumbar
  • limau nipis
  • sedikit garam
  • sedikit gula

Cara Penyediaan Nasi Arab:

  1. Rebus tulang hingga empuk bersama bahan-bahan penyediaan untuk stok tulang seperti diatas. Jika perlu masukkan sedikit daging.Tapis, ambil stok dan tulang.
  2. Untuk masak nasi. Tumis bawang besar bersama minyak sapi hingga garing. Masukkan rempah ratus, stok tulang, garam dan beras basmathi. Masukkan tulang dan daging.
  3. Untuk salata hara.Kisar kesemua bahan kecuali garam, gula dan limau nipis. Kisar tanpa air. Bila hancur masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan limau nipis.
  4. Hidang nasi bersama salata hara, telur masin, acar timun.
, , ,

11 Resepi ibu berpantang

Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan laut seperti  sotong, udang, dan ketam kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka. Mengelak dari memakan makanan tersebut adalah pilihan yang perlu dibuat oleh para ibu.
 

Ibu dalam berpantang perlulah makan ikan dari jenis bersisik seperti ikan siakap, bawal putih, bawal hitam, gelama dan tenggiri. Ikan haruan baik untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Telur adalah tidak baik untuk ibu berpantang kerana boleh menyebabkan luka lambat sembuh atau mungkin bernanah.

Antara sayuran yang tidak digalakkan bagi ibu berpantang antaranya tebu, kobis, buah anggur dan air kelapa. Makanan ini boleh menyebabkan tubuh sejuk@berangin.


Antara menu yang boleh menjadi pilihan bagi mereka yang buntu memikirkan sesuatu yang lazat dan berkhasiat untuk ibu adalah seperti berikut:-
  • Resepi Sup Ikan Haruan
  • Resepi Ikan Haruan Asam Kukus   
  • Resepi Ayam Masak Bijan
  • Resepi Ayam Kukus Bercuka
  • Resepi Ikan siakap Panggang
  • Resepi Daging Lada Hitam
  • Resepi Tumis Sawi Putih
  • Resepi Rebusan Pegaga 
  • ResepiRebusan Manjakani
  • Resepi Jus Halia Kurma
  • Resepi Halwa Halia




Kailan Goreng Belacan

Bahan-bahan:
  • 1 ikat sayur kailan
  • 1 biji bawang merah
  • 2 bji bawang putih diketuk
  • sedikit belacan 
  • udang kering yng telah direndam seketika
  • sedikit garam

Cara-cara memasak Kailan Goreng Belacan:
  1. Rebus sayur kailan  bersama sedikit garam. Bila dah masak angkat dan toskan.
  2. Tumbuk kasar bawang merah, udang kering dan  belacan. Kemudian tumis smpai naik bau bersama bawang putih yang diketuk tadi. Apabila sudah  garing masukkan sayur yang dicelur.
  3. Biarkan seketika kemudian bolehlah ditutup api.
, , ,

Ayam merah bersantan

Ayam merah bersantan

Bahan - bahan:

  • 3 ketul ayam
  • 1 cawan santan (1/2 biji kelapa)
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 camca besar kacang pea
  • 1 camca besar gula
  • sedikit air asam
  • 1 batang serai
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan Ayam merah bersantan:

  1. Bawang merah,bawang putih,halia & cili kering diblender.
  2. Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam & serbuk kunyit.
  3. Goreng separuh masak.
  4. Tumis bahan yg diblender & serai yang telah diketuk sehingga garing.
  5. Masukkan ayam, kacau hingga sebati.
  6. Masukkan santan, air asam, gula & garam.Kacau ayam hingga kuah hampir pekat.Masukkan bawang besar.

, ,

Kegunaan Coca Cola yang ANDA tidak tahu



http://resepicheff.blogspot.com/search/label/Informasi
Ujikaji yang anda boleh buat untuk menguji Coca cola. Kat rumah pun boleh buat. Kalau dalam makmal perlu pengawasan guru. Yang nie boleh cuba2 sendiri aje.
  1. Masukkan tulang dalam suatu bekas selama 2 hari, tulang itu mungkin boleh hilang@hancur.
,

Daging Black Pepper


Daging Black Pepper

Bahan bahan :


  • 400g daging
  • 4 sudu sos lada hitam
  • 1 sudu  sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 cawan air
  • 1 biji cili capsicum
  • 1 biji cili merah

Bahan dimayang:

  •  1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 3 biji ulas putih
  • 1 cm halia


Cara Memasak Daging Black Pepper:

  1. Potong daging kecil2 kemudian perap dengan sos lada hitam selama 3jam.
  2. Tumis bahan dimayang kecuali bawang besar sampai naik bau. Masukkan sos tiram, kicap manis dan air. Kacau hingga rata. Masukkan daging yang diperap tadi.
  3. Masak hingga daging empuk. Jika belum empuk boleh ditambah lagi air.
  4. Biarkan kuah menjadi pekat dan kacau sekali sekala.
  5. Apabila hampir masak masukkan garam, cili dan bawang besar supaya xlayu sangat.
  6. Siap. Lagi Masakan Daging
, , ,

Bubur Asyura Terengganu

Bubur Asyura Terengganu
Bahan-bahan:
  • 1kg beras
  • 250g kacang hijau
  • 1/2kg ubi keledek
  •  1kg daging
  •  1 ekor ayam - dipotong kecil
  • 2kg santan
  • 250g kerisik
  • 6 sudu  rempah asyura
  • 1/2kg dijadikan bawang goreng
  • 1kg gula
  • Garam secukup rasa
Bahan dikisar:
  • 1/2kg bawang merah 
  • 5 batang serai
  • 5 cm halia
  • 5 ulas bawang putih
Bahan hiasan:
  • kelapa goreng
  • isi ikan  - hancurkan
  • telur dadar  - hiriskan


Cara Membuat Bubur Asyura:
  1. Rebus beras, kacang, keledek,daging dan ayam dalam periuk sehingga lembut dan hancur.
  2. Masukkan bahan dikisar ke dalam rebusan beras dan daging tadi.
  3. Masukkan rempah, kerisik, bawang goreng dan santan.
  4. Masukkan gula dan garam. Kacau sehingga rata dan pekat. Biasanya dalam 3jam.
  5. Apabila siap, tuang di dalam bekas dan tabur bahan hiasan di atas bubur asyura.
  6. Biarkan sejuk seketika sebelum dihidang supaya mudah dipotong.
  7. Kalau nak sedap lagi simpan dalam peti ais dahulu.
, , ,

Ayam Masak Merah Citarasa Terengganu

Bahan bahan :

  • 1/2ekor ayam dipotong 12
  • 1 labu bawang besar dimayam
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula  secukup rasa
Bahan dikisar
  • 5 tangkai cili kering
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara cara memasak Ayam masak merah:

  1. Campurkan bahan dikisar bersama ayam dan air asam jawa di dalam kuali. Biarkan selama 5 minit. Kemudian panaskan dan tutup kuali. Kacau sekali sekala.
  2. Apabila dah hampir masak, masukkan garam dan bawang besar. Tambah air jika perlu. Ikut nak banyak mana kuah dia tu.Kacau rata.
  3. Biarkan seketika. Kemudian bolehlah ditutup api tu.
, , , , ,

Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai


Sambal Tumis Ikan Bilis 

Bahan-bahan:

  • segenggam besar ikan bilis 
  • sebiji bawang besar - dimayam
  • 5 biji bawang merah - dimayam
  • 2 ulas bawang putih - dimayam
  • 5 batang cili kering yg telah dikisar (tambah jika ingin lagi pedas @ kisar sekali dengan cilipadi)
  • 1 cawan santan
  • 2 tangkai petai 
  • garam secukupnya
  • minyak masak

Cara-cara membuat Sambal Tumis Ikan Bilis :

  1. Goreng ikan bilis separuh masak. Jangan sampai garing. Ketepikan.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih seketika. Masukkan lada kering dan kacau hingga masak.
  3. Masukkan santan, petai dan ikan bilis tadi. kacau hingga sebati
  4. Masukkan garam, kecilkan api dan tutup kuali.
  5. kacau sekali sekala. Setelah pecah minyak, masukkan bawang besar dan biarkan seketika. Siap untuk dihidang.
*Garam hanya perlu sedikit sahaja kerana air ikan bilis akan memasinkan sambal selepas masak.

, ,

Agar-Agar Kelapa

Agar-agar kelapa
Bahan-Bahan :

  • 1 paket Agar - agar
  • 1 cawan Air kelapa
  • Isi buah kelapa
  • 250ml Air
  • Gula
  • Susu cair
Cara cara  membuat Agar-agar kelapa:
  1. Didihkan air di dalam periuk, masukkan agar-agar dan kacau hingga sebati.
  2. Masukkan gula, susu cair, air kelapa dan isiny, kacau lagi. 
  3. Apabila semua sudah sebati, tutup api.
  4. Tuang ke dalam bekas dan biarkan ia sejuk.
  5. Simpan dalam peti ais hingga sejuk sebelum dihidang.
, ,

Resepi Ayam Goreng Berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah 
Bahan bahan :
  • 5 ketul Ayam 
  • ½ sudu jintan manis 
  • ½ sudu jintan putih 
  • 1 sudu ketumbar 
  • 1 biji telur 
  • daun kari 
  • garam secukupnya

 Bahan dikisar
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 inci Halia 
  • 1 inci Kunyit
  • 3 batang serai 

Cara-cara memasak   Ayam Goreng Berempah 
  1. Perap ayam dengan semua bahan selama  sejam.
  2. Goreng ayam perap tadi dengan api yg sederhana sehingga garing 
  3. Siap untuk dihidang.

 p/s : Jintan manis, jintan putih dan ketumbar boleh ditumbuk  @ boleh juga diganti dgn rempah kari ayam. Ikut selera la.
, ,

Nasi goreng Cina

Nasi goreng Cina
Bahan-Bahan :
  • 3 cawan Nasi putih
  • Beberapa ketul isi ayam
  • 5 ekor udang
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  •  Sayur campur
  • Serbuk lada putih
  • Garam dan gula
  • 2 biji telur
  • Bawang goreng
  • Daun bawang - dihiris

Cara cara menyediakan Nasi goreng Cina:
  1. Tumis bawang putih hingga agak kekuningan.
  2. Masukkan ayam dan udang,biarkan hingga masak.
  3. Masukkan sayur campur, garam dan sedikit serbuk lada putih. Kacau rata
  4. Ketepikan rencah, masukkan telur dan tunggu hingga telur masak, kacau rata bersama rencah tadi.
  5. Masukkan nasi dan kacau hingga sebati dengan rencah tadi.
  6. Tabur bawang goreng dan  daun bawang sebelum dihidang.
, , , , ,

Nasi goreng Tomyam


Nasi goreng Tomyam
Nasi goreng Tomyam
Bahan-Bahan :
  • 3 cawan nasi - masak biar keras sikit, biarkan sejuk
  • 2 ekor sotong - dihiris nipis
  • 2 ketul dada ayam - diambil isinya
  • 9 ekor udang
  • 1 sudu  perencah tomyam
  • 1 biji telur
  • daun ketumbar untuk hiasan
  • minyak masak secukupnya
Bahan A
  • 3 ulas bawang merah - dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 batang serai - dihiris nipis
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 biji cili padi - diketuk
  • Sayur campur


Cara cara membuat Nasi goreng Tomyam :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, Tumis bahan A hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, udang dan sotoang. Goreng hingga separuh masak.
  3. Masukkan pula perencah tomyam dan telur, masak  hingga telur separuh masak.
  4. Masukkan nasi, gaul hingga sekata.
  5. Tabur daun ketumbar  untuk hiasan.
  6. Tutup api dan bolehlah dimakan.
, , , ,

Daging Masak Kicap


Daging masak kicap
Bahan bahan:
  • 1/2kg Daging 
  • 1 biji Ubi kentang 
  • 1 labu Bawang besar dipotong bulat
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam secukupnya
  • 2 sudu Minyak 
  • Kicap 
Bahan ditumbuk


Cara cara memasak Daging Masak Kicap:
  1. Rebus daging bersama air dan garam hingga empuk. Bila sudah empuk, masukkan ubi dan bahan ditumbuk.
  2. Masukkan minyak, air asam jawa kicap dan gula.Kacau hingga masak.
  3. Masukkan  bawang besar apabila hampir masak, kacau seketika. 
  4. Daging Masak Kicap siap untuk dihidang.
, , , , , , , ,

Daging Goreng Stail Terengganu


 Daging Goreng
Bahan bahan :
  • 1/2kg daging 
  • 1 labu bawang besar dihiris 
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula  secukup rasa
Bahan dikisar
  • 5 tangkai cili kering
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1inci halia 
Cara cara memasak Daging Goreng :
  1. Tumis bahan dikisar sehingga naik bau. Masukkan daging, air asam jawa dan sedikit air. 
  2. Tutup Kuali supaya daging cepat empuk.
  3. Apabila daging sudah empuk, masukkan garam dan gula. Kacau rata. Letakkan bawang besar, gaul lagi. Siap
, , ,

Resepi Puding Roti Bakar

Resepi Puding Roti Bakar

Bahan-bahan:-

  • 9 keping roti  
  • 2 sudu  butter
  • 3 sudu kismis
Bahan A
  • 2 cawan susu segar
  • 4 sudu gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara menyediakan Puding Roti Bakar:


  1. Masukkan semua bahan A ke dalam satu bekas. Masukkan roti yang dikoyak ke dalam bekas tadi dan biarkan terendam seketika.
  2.  Butter dicairkan dan dimasukkan ke dalam adunan tadi bersama separuh kismis. Gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak. Baki kismis ditabur ke atas adunan.
  4. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit. Siap
    .

, , , , , ,

Daging Goreng Berlada

Bahan-bahan:
  • 500g daging
  • serbuk kunyi  
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 inci halia  diketuk
  • air asam jawa
  • garam dan sedikit gula

Bahan dikisar@tumbuk kasar
  • 5 tangkai cabai basah
  • 3 tangkai cili api merah
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih


Cara-cara memasak Daging Goreng Berlada:
  1. Daging direbus hingga empuk kemudian hiris nipis2.
  2. Gaul daging bersama kunyit dan sedikit garam. Biarkan seketika kemudian bolehlah digoreng. Apabila masak, toskan. Ketepikan.
  3. Tumis bahan dikisar dan halia menggunakan minyak menggoreng tadi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa,kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  5. Dah elok rasa tu...bolehlah dimasukkan daging goreng tadi..kacau bagi mesra. Masukkan bawang besar dan gaul rata. Matikan api. Siap
  6. Untuk hiasan boleh disusun daun sup disekeliling pinggan dan ditabur daun bawang yang dipotong kecil diatasnya.


, , , , , , ,

Resepi Daging Goreng Kunyit

 Daging Goreng Kunyit

Bahan bahan :

  • 1/2kg daging 
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1inci halia dihiris
  • 1 batang cabai basah  dihiris
  • Garam dan gula  secukup rasa

Cara cara memasak Daging Goreng Kunyit:

  1. Daging diperap bersama kunyit selama 15minit. Kemudian goreng daging tadi hingga hampir masak
  2. Masukkan bawang putih, bawang besar, halia dan cabai.
  3. Apabila sudah agak layu, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masak hingga daging hampir kering.
  5. Siap untuk dimakan.
, , , , , , , ,